berita

TNB Bawakan Filem Pendek Aksi Legenda Nian Sempena Tahun Baru Cina Ini. Epik Betul!

February 5th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Selalunya bila kat televisyen dah mula keluar filem kungfu klasik ataupun filem aksi Hong Kong, itu tandanya Tahun Baru Cina dah dekat. Tapi tahun ni, disebalik pandemik yang melanda negara kita, macam kurang pulak pilihan-pilihan filem yang ditayangkan.

Oleh itu, sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, TNB mengambil kesempatan ini untuk menceriakan musim perayaan kali ini dengan mempersembahkan sebuah filem pendek yang memang epik habis!

Cakap banyak pun tak guna, jom kami ceritakan apa yang menarik tentang filem pendek TNB CNY 2021 yang bertajuk Nian-tastic New Start. Dengar cerita, ada raksasa yang menakutkan!

Fuyoo..Ala-ala filem kungfu!

Kalau korang nak tahu, filem ni diarahkan oleh Quek Shio Chuan, seorang pengarah filem berkaliber yang menerima pelbagai anugerah. Bukan itu sahaja, pemegang rekod dunia bagi Pendakian Tangga Tinggi Menegak dalam tempoh Satu Jam (Lelaki) Guinness World Records iaitu Soh Wai Ching juga ada membuat kameo dalam filem pendek ni tau!

Filem yang mendapat inspirasi daripada kisah legenda raksasa Nian ni mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang ketakutan apabila diganggu oleh raksasa Nian pada setiap Tahun Baru Cina. Namun, hanya seorang sahaja Tuan Guru yang tahu rahsia untuk mengalahkan Nian.

Demi mengembalikan kedamaian dan kesejahteraan kampung mereka, beberapa orang penduduk kampung sanggup mengembara dan mengharungi pelbagai cabaran semata-mata untuk mencari Tuan Guru tersebut.

Kunci untuk mengalahkan Nian adalah…

Perjalanan demi perjalanan, akhirnya mereka pun berjumpa dengan Tuan Guru yang sedang bertapa di dalam gua. Setelah menceritakan masalah mereka, Tuan Guru tersebut pun menceritakan rahsia dan cara untuk menewaskan Nian!

Nak tahu apakah cara-cara tersebut dan adakah penduduk kampung dapat menyelamatkan kampung mereka? Haa.. apa kata korang layan dulu video penuh Nian-tastic New Start ni.

Tak sangka kan pada akhirnya, mereka berjaya juga kalahkan dan menghapuskan kehadiran raksasa itu buat selama-lamanya dengan hanya bersatu padu dan bekerjasama. Yeay!

Melalui filem pendek ini, TNB berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyambut tahun baru ini dengan kegembiraan dan rasa kerbersamaan antara kita semua.

Jadi, jangan lupa saksikan Nian-tastic New Start di Youtube okay!

Korang boleh mengetahui lebih lanjut mengenai watak-watak dalam filem tersebut menerusi Facebook dan Instagram TNB.

Selamat Tahun Baru Cina! #NiantasticNewStart

Filem ini telah dihasilkan sebelum PKP 2.0, dengan pematuhan SOP yang ketat. 

SKIP THIS AD ×