berita

TNB Beri Bantuan & Sumbangan Buat Golongan Yang Terjejas Akibat Covid19

March 15th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Insiprasi

Dalam menghadapi ekonomi yang sukar dan ramai rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) terus memainkan peranannya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Sejak 18Mac tahun lalu, syarikat tenaga ini telah membantu masyarakat dalam menerima bantuan. Sokongan yang dihulurkan oleh pembekal tenaga elektrik bersepadu ini merangkumi aspek kewangan, peralatan, potongan harga, rebat dan juga tenaga.

Pelbagai program telah dianjurkan dalam skala besar atau kecil dan warga kerjanya juga turun padang di pusat bandar raya, setiap negeri, daerah, ceruk kampung dan juga di kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini tanpa mengira bangsa dan agama.

TNB juga telah bekerjasama dengan individu, persatuan, dan kumpulan mereka sendiri untuk membantu meringankan beban orang yang terjejas. Jom kita tengok apakah bantuan dan inisiatif yang telah disalurkan…

Sumbangan menyeluruh ke setiap negeri 

Untuk pengetahuan korang, kumpulan keprihatinan ini telah memberikan sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk dana dan biasiswa. Antaranya adalah: 

  1. RM10 juta disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pembelian apron, penutup kepala, dan pelitup muka dari China sebagai menyahut kepada inisiatif ‘Gabungan Bertindak Korporat Malaysia Menentang Covid-19’.
  2.  RM17.5 juta disumbangkan kepada kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia untuk mengekang penularan COVID-19, termasuk menyediakan 10 unit mesin ventilator (alat bantuan pernafasan) ke hospital di Melaka, Perak, Johor, Pahang, dan Negeri Sembilan bagi merawat COVID-19 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU).
  3. Wang zakat wakalah berjumlah RM4.3 juta diagihkan oleh kakitangan TNB di 13 negeri (termasuk 15 stesen) dalam bentuk keperluan dan wang saku kepada lebih daripada 21,000 orang, termasuk golongan miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU), anak yatim, dan kumpulan B40 yang kehilangan sumber pendapatan mereka sepanjang bulan Ramadan.
  4. Meneruskan bantuan perumahan golongan B40 dan asnaf melalui Projek Baiti Jannati (PBJ) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) dengan nilai sumbangan RM50,000 setiap penerima.
  5. Pemberian biasiswa kepada 120 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
  6. Dermasiswa MyBrighter Future (MyBF) kepada 2,500 pelajar daripada golongan berpendapatan terendah (B40) yang mengikuti pengajian ijazah pertama, diploma dan sijil.

Penyediaan kemudahan asas dalam bentuk bekalan elektrik

Langkah seterusnya adalah, bekalan elektrik dan pencahayaan diberikan ke lebih dari 120 lokasi pos kawalan sementara di Semenanjung Malaysia bagi keselesaan barisan keselamatan yang menguatkuasakan pematuhan PKP.

Selain itu, mereka juga memastikan bekalan elektrik ke hospital-hospital dan klinik kesihatan luar bandar terjamin dengan menempatkan 79 set janakuasa bergerak dengan pelbagai kapasiti serta sejumlah 425 set lagi disediakan sekiranya berlaku permintaan bekalan sokongan yang mendesak.

Beban rakyat dikurangkan dengan mendapat potongan diskaun elektrik 

Dari 1 April hingga 30 September 2020, potongan elektrik dari 15% – 50% dilaksanakan untuk kepentingan pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, di bawah pakej Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh Kerajaan.

Dengan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE), TNB menyediakan penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan dan sepanjang bulan Mac hingga Disember 2020, 7.5 juta pelanggan domestik diizinkan menangguhkan surcaj lewat bayar dan menangguhkan pemotongan bekalan mereka.

Selain itu, pengguna dapat membayar bil secara ansuran hingga Disember 2020. Bagi pengguna domestik dengan tunggakan kurang dari enam bulan selama Januari hingga Mac 2021, pemotongan bekalan tidak diberikan, malah telah diberi pilihan untuk membayar secara ansuran sehingga 30 Jun 2021.

Gabung tenaga beri bantuan

Bukan tu saja, Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis TNB) juga berjaya mengumpulkan lebih daripada RM1 juta untuk diagihkan kepada golongan B40, rumah anak yatim, pusat jagaan orang tua, dan untuk pelajar yang terkandas di pusat pengajian tinggi. 

Kira-kira 20,400 apron kalis cecair turut disediakan sebagai sebahagian daripada peralatan pelindung diri (PPE)  untuk petugas kesihatan barisan hadapan.

Selain itu, kotak aerosol yang mesra pengguna yang dihasilkan oleh TNB Research Sdn Bhd, digunakan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 semasa proses intubasi.

Jadi itulah sedikit sebanyak sumbangan yang disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web TNB.

SKIP THIS AD ×