Komposer dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital di Singapura selepas diserang vertigo yang agak teruk.
Artikel Berkaitan: Datin Alyah Bawa Kek Sambut Hari Jadi, Reaksi Tok Ram Buat Netizen Terhibur – ‘Perlu Ke Rakam Ni? Lepas Tu Tunjuk Kat Orang’
Hampir tiga jam dapat rawatan
Perkara tersebut dikongsikan isterinya yang juga merupakan penyanyi iaitu Datin Alyah menerusi hantaran yang dimuat naiknya di Instagram (IG).
Menurut Alyah, mereka ketika itu sedang mencari teksi di Terminal Bas Larkin, Johor untuk membawa mereka masuk ke dalam Singapura selepas kenderaan miliknya tidak dibenarkan masuk atas sebab masalah dokumentasi.
Kami parking di bahagian belakang terminal bas dan mencari teksi untuk membawa kami masuk ke Singapura.
Di situlah bermulanya cerita apabila Tok Ram kena serangan vertigo sewaktu nak mencari teksi. Masa angkat beg, Tok Ram kata kepala dia berpusing.
Selepas kami berjaya melepasi Woodland Check Point, Tok Ram minta tolong hantar dia ke hospital dan terus dibawa masuk ke unit kecemasan.
Saya tunggu Tok Ram dari pukul 3 pagi hinggalah jam 6 pagi untuk mendapatkan rawatan.
Pelantun lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ itu kemudiannya meluahkan rasa syukur apabila kesihatan suaminya sudah beransur pulih selepas mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan di hospital.
Menurut Alyah, sejak kebelakangan ini Tok Ram dilihat kerap diserang vertigo yang sedikit sebanyak merisaukannya sebagai seorang isteri.
Keesokan harinya kami pergi semula ke hospital untuk lakukan pemeriksaan kesihatan terhadap masalah serangan vertigo yang makin kerangan menyerang sejak kebelakangan ini.
Selepas pemeriksaan kesihatan, dia sempat bertemu dengan adik-adiknya. Ketika itu dia rasa mungkin sudah okay. Dia pun gembira dapat jumpa keluarga sebab sudah lama tak balik Singapura.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun itu menitipkan ucapan terima kasih buat insan yang bernama Kak Nomah dan Kak Sidah kerana menghulurkan pertolongan serta membantu memudahkan urusannya sepanjang berada di sana.
Alyah juga membuat permohonan maaf kepada semua peminat serta kenalannya kerana tidak sempat untuk membalas ucapan ulang tahun kelahiran yang diberikan kepadanya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram