Sebut sahaja nama Luna Maya, pasti ramai mengenali sosok pelakon cantik dari negara seberang Indonesia. Tak dinafikan, Luna Maya sangat dikenali sebagai seorang wanita yang sangat memilih dalam mencari pasangan hidup.
Luna Maya pernah dilamar lelaki kaya
Bekas kekasih penyanyi terkenal Ariel Noah ini juga mengaku lebih selesa hidup bersendirian meskipun usianya kini sudah mencecah 39 tahun. Bercerita dengan lebih lanjut, Luna Maya mendedahkan bahawa dia pernah dilamar seorang lelaki kaya tetapi sayangnya dia terpaksa menolak lamaran tersebut kerana lelaki itu sudah mempunyai isteri.
Ada lelaki yang cuba rapat dengan saya malah saya pernah dilamar olehnya. Saya tak nak sebut namanya. Dia kaya, kacak tapi sayang sudah ada isteri.
Luna Maya juga akui tidak tertarik untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin meskipun lelaki itu kaya. Hal ini kerana, dia yakin pasti pelbagai masalah dan beban yang akan dilaluinya sekiranya dia berkahwin dengan lelaki yang berstatus suami orang.
Bukan menolak tapi yang penting perkahwinan itu tidak membebankan diri.
Dalam pada itu, Luna memberitahu dia tidak peduli dengan pandangan sesetengah orang berhubung status dirinya yang masih bujang meskipun usia bakal mencecah 40 tahun.
Sumber: Liputan6