Setiap individu yang memilki pendidikan yang tinggi pasti mengimpikan satu pekerjaan yang bagus. Tetapi tidak semua orang berpeluang untuk capai apa yang diinginkan.
Seperti pengorbanan yang dilakukan graduan perubatan Dublin Ireland ini, dia terpaksa menolak tawaran bekerja sebagai doktor kerana mahu menjaga bapa yang diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu.
Ingin balas jasa ibu bapa
Menerusi Harian Metro, Faiq Syukri tidak sanggup melihat ibu dan adik beradiknya yang lain menanggung kesusahan semasa dia sedang menyambung pengajiannya di Royal College of Surgeons di Dublin, Ireland.
Lelaki ini nekad dengan keputusannya untuk tidak berkhidmat dalam bidang perubatan walaupun dia memiliki Ijazah Perubatan kerana ingin membalas jasa kedua ibu bapanya.
Sebaik tamat pengajian pada November 2017, saya menerima tawaran berkhidmat di Hospital Batu Pahat Ogos tahun lalu, namun meminta penangguhan enam bulan kerana mahu menjaga ayah sebelum ditawarkan semula berkhidmat di hospital sama Februari ini.
Tiada istilah kesal dalam hidup
Tambahnya lagi, dia tidak sanggup melihat ibu yang tidak bekerja terpaksa mencari wang lebih untuk rawatan bapanya yang juga merupakan bekas pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Ibu buat pelbagai kerja seperti menjadi ejen produk kesihatan demi menampung perbelanjaan
Bekerja sebagai seorang perunding kewangan itu membolehkan dia membahagikan masa untuk menjaga bapanya di samping dapat menanggung kos perbelanjaan sekolah adik-beradik yang lain.
Tiada istilah kesal dalam hidup saya kerana keluarga tiada galang gantinya. Pekerjaan boleh dicari asalkan kita rajin berusaha.
Pada masa akan datang mungkin saya membuka klinik sendiri walaupun tidak dapat menjadi doktor, tapi berharap dapat terus menyumbang kepada masyarakat.
Sumber: Harian Metro