Sebarang urusan rasmi di pejabat kerajaan mahupun swasta memerlukan seseorang menunggu giliran sebelum diberi perkhidmatan. Bagi mereka yang sudah berusia, menunggu giliran semestinya satu perkara yang memenatkan.
Di Facebook, budi bicara seorang pegawai bank mendapat pujian ramai apabila dia bertindak menolak pelanggan menggunakan kerusi beroda. Difahamkan, kejadian berlaku di CIMB Bahau.
Permudah urusan bonda
Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Annida Amar memuat naik satu posting mengenai seorang pegawai bank yang telah membantu ibunya. Menurutnya, pegawai itu telah memudahkan urusan ibunya semasa berurusan di bank dengan menolak ibu menggunakan kerusi beroda sehingga ke kereta.
Ibu kanser rahim
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon positif daripada netizen yang rata-rata memuji tindakan mulia pegawai bank yang dikenali sebagai Apak. Mereka juga mengakui bahawa Apak sangat dikenali oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut. Tambah mereka, Apak seorang yang ramah dan kerap membantu orang lain dalam memudahkan urusan di bank tersebut.
Di ruangan komen, seorang individu telah bertanya mengenai kesihatan ibu Annida. Wanita tersebut memberitahu ibunya merupakan pesakit kanser. Ujarnya lagi, ibunya baru sahaja selesai menjalani pembedahan.
Sumber: Annida Ammar