Di Instagram, pelakon, Syafie Naswip memberi teguran buat segelintir masyarakat yang menyapa atau berbalas komen di media sosial dengannya agar tidak menggunakan perkataan ‘retis’ ketika berkomunikasi.
Minta maaf jika status ini menyentak hati
Menurut Syafie, penggunaan perkataan ‘retis’ sedikit sebanyak telah menghina pekerjaannya sebagai anak seni. Oleh itu, dia berharap mana-mana individu yang mahu berkomunikasi dengannya selepas ini akan menggunakan perkataan pelakon, pameran atau manusia biasa daripada menggunakan perkataan tersebut.
Tambah Syafie, selama ini dia hanya mampu tersenyum dan tidak memberi reaksi apa-apa. Namun, hari ini dia berharap semua individu faham mengenai perasaannya.
Apa maksud retis?
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula faham mengenai apa yang cuba ingin disampaikan oleh Syafie. Bahkan, ada juga yang bertanya mengenai maksud ‘retis’ kepada Syafie. Ujar Syafie, perkataan tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan ianya sekadar digembar gemburkan.
Sumber: Syafie Naswip