Pelakon sensasi Zarina Anjoulie meluahkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Menurut Zarina atau mesra disapa Anju, dia melakukan pembedahan tersebut di sebuah klinik di Vietnam dan kini memerlukan rehat yang cukup.
Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung ‘Made In Vietnam’ Berjaya – ‘Sekarang Dah Tak Ada Benjol’
Ini semua ditaja sepenuhnya
Terbaru, Anju tampil memohon maaf kepada semua pihak yang berasa kurang selesa dengan postingnya itu. Menurut Anju, dia tidak berniat untuk membuka aib sendiri. Tambah Anju, dia mendapat tajaan sepenuhnya dari klinik tersebut termasuk token.
Semua orang sekarang kata hidung Anju dulu lagi cantik. Bila saya buat live, ada yang kata hidung saya senget la bengkak la. Sekarang semua orang komen hidung dulu lawa. Minta maaf semua, saya posting bukan sebab nak buka aib sendiri dan tak hormat semua.
Ini semua ditaja sepenuhnya dan dia bayar saya untuk datang dan beri token. Tolong faham ini punca rezeki saya walaupun tak banyak, duit ini juga saya nak bawa balik bayar yuran sekolah anak dan beli barang runcit dan bayar yuran mengaji dia.
Bukannya untuk saya nak beli bag baru ke, kereta mewah ke nak tayang. Bukan saya bangga dan riak nak muat naik. Ini kerja saya. Saya minta maaf jika posting saya menyakitkan hati anda.
Berbicara lebih lanjut, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkata, dia masih gembira kerana ada segelintir individu yang prihatin terhadap dirinya dan berani memberi teguran.
Saya sayang semua dan terima kasih sudi tegur. Makna masih ramai yang prihatin. Anju ambil benda ini dari sudut positif sahaja.
Sumber: Anju