Penyanyi Aufahanie meminta orang ramai tidak menyebarkan foto arwah abangnya, Nidza Afham di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Habis Air Mata, Allahuakhbar’ – Aufahanie Hilang Kata-Kata
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Abang Aufahanie Berjogging Sebelum Hilang – ‘Dia Pakai Baju Jersi Hitam Tulis Nama Apam’
Jangan kongsi
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Aufa berharap netizen hormat perasaannya dan keluarga yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.
Tolong jangan share gambar arwah abang saya yang ditemui ke sosial media anda.
Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih.
Terdahulu, penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.
Sehinggalah sekitar jam 7 malam Rabu, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.
Sumber: Aufahanie