Teman wanita kepada pempengaruh media sosial Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi meminta bekas isteri kekasihnya, Cik Epal agar menerima kenyataan bahawa perkahwinan mereka sudah berakhir.
Artikel Berkaitan: Jofliam Mengaku Bakal Nikahi Dewi Dalam Masa Terdekat – ‘Cik Epal Menggila Bila Tahu Saya Tak Nak Rujuk’
Artikel Berkaitan: Viral Video Jofliam Panggil Dewi ‘Sayang’? – ‘Sayang Dalam Video Cantik Daripada Foto’
‘Berdamailah dengan takdir’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Emira Delyati Dewi atau lebih mesra dengan panggilan Dewi sebaliknya meminta Cik Epal bersyukur kerana ada individu yang sanggup memberi kasih sayang dan menghargai anak-anaknya iaitu Han dan Yuki.
Sebagai seorang ibu, tidakkah awak ingin mengutamakan kebahagiaan anak awak? Bukankah itu yang paling penting? Awak sepatutnya bersyukur kerana ada seseorang yang akan menjadi sebahagian daripada hidup mereka, sanggup mencintai dan menghargai mereka.
Tolong terima jodoh awak dengan Jo sehingga setakat ini sahaja dan berdamailah dengan takdir.
Dalam perkongsian lain, Dewi meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud yang menggelarkan dirinya penyondol dan menyerangnya secara terbuka di media sosial.
Munirah macam ni la kalau betul betul saya penyondol, dengan cara awak sekarang nak serang orang. Kenapa tak serang saya dari dulu?
Awak langgar takliq 4 September, 18 September awak minta berjumpa dengan saya dan 20 September minta jumpa lagi.
Kalau saya penyondol, kenapa tak serang awal-awal? Dengan perangai awak yang macam ni.
Perbualan di WhatsApp
Bukan itu sahaja, Dewi turut menafikan dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan dirinya bersekedudukan bersama Jofliam.
Rumah saya ada kamera litar tertutup (CCTV), boleh nampak saya tiap hari balik rumah. Ada tarikh, ada waktu. Saya tak pernah tidur rumah Jo (Jofliam), saya bekerja dan sentiasa ditemani oleh orang.
Sementara itu, Dewi juga sempat berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Cik Epal di WhatsApp yang menunjukkan hubungan mereka masih dalam baik sekitar September tahun lalu.
Cik Epal beli barang untuk Dewi
Sumber: Instagram Emira Delyati Dewi