berita

‘Tolong, Tolong…’ – Cemas Jumpa Lelaki Terbaring Dalam Lumpur, Rupanya Dah 2 Hari Tak Balik Rumah

April 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, viral sebuah video di mana seorang lelaki telah terperangkap dalam lumpur paya bakau sedalam 0.3 meter sejak hari Rabu yang lalu di Kemaman Terengganu. Lelaki tersebut bernasib baik apabila orang kampung yang menetap di kawasan berhampiran berjaya menemuinya.

Menerusi rakaman video tersebut juga, mangsa kelihatan sedang terlentang, menggigil serta berseluar dalam sahaja. Umurnya pula dipercayai berusia awal 20-an.

Ternampak lambaian tangan

Menerusi TikTok Anak kampung, individu tersebut memberitahu bahawa dia ternampak lambaian tangan mangsa dari jauh yang pada mulanya disangkakan biawak, sebelum menghubungi pasukan bomba. Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Kemaman, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Hasbullah Halipah, seramai lapan anggota bomba termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, kelihatan mangsa yang dibaluti lumpur seluruh anggotanya dalam kepenatan dan sedang menggigil mungkin kesejukan. Kita sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada mangsa semasa itu kerana dia memang tidak boleh bercakap dan seolah-olah dalam kebingungan serta trauma. Melihat keadaan mangsa ketika itu, kita percaya mungkin dia sudah terperangkap di lokasi lebih dua jam.

Ujar Hasbullah lagi, mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman bagi rawatan susulan. Kesemua penduduk kampung yang tinggal berhampiran dipercayai tidak mengenali mangsa dan mereka percaya mungkin mangsa adalah orang luar atau menetap di kampung lain yang berhampiran.

Identiti dikenal pasti

Terbaru, identiti lelaki tersebut sudah berjaya dikenal pasti. Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, mangsa, seorang warga Myanmar dan dikenali sebagai Myo Htut Naing. Identiti mangsa juga telah disahkan oleh majikannya selepas terlihat gambar yang disebarkan di media sosial untuk mencari waris mangsa.

Majikannya mendakwa dia menerima maklumat daripada pekerja-pekerja lain yang mangsa sudah dua hari tidak balik ke rumah pekerja yang disediakan. Dia turut mendakwa mangsa dilihat dalam keadaan kemurungan pada hari terakhir sebelum ‘hilang’.

Ujar Superintendan Hanyan Ramlan, mangsa masih tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kemaman.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×