Semalam tular di media sosial, kisah mayat seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di luar masjid. Bayi tersebut ditinggalkan bersama sekeping nota ‘amanah’ ibu bapanya. Kejadian tersebut berlaku di sebuah Masjid Sungai Way, Petaling Jaya.
Tinggalkan surat
Foto: Mohd Redzuan Abd Manap
Menerusi surat tersebut, ibu bapa kepada bayi itu meminta jemaah masjid untuk menguruskan jenazah anaknya. Jelasnya, dia tidak tahu menguruskan jenazah anaknya.
Saya jahil, berdosa besar dan tak sanggup nak tengok jenazah anak saya. Tolong uruskan anak saya dan kebumikan dengan cara Islam.
Tambahnya, dia (ibu bapa kepada bayi) telah dibuang oleh keluarga mereka sendiri. Tidak berakhir di situ, mereka turut menceritakan masalah kewangan menjadi punca utama bayi tersebut tidak dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Sudah ditahan polis
Gambar sekadar hiasan
Menerusi siaran media pihak polis Daerah Petaling Jaya, pihak polis telah menangkap seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara asing yang terlibat dalam kes pembuangan bayi tersebut. Mereka berdua ini telah ditangkap di sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.
Menerusi siasatan, kedua-dua suspek telah mengaku bertangunggjawab meninggalkan bayi tersebut di pintu luar masjid. Mereka berdua kini telah ditahan dan akan direman selama empat hari bagi membantu siasatan. Di samping itu, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan akan dikenakan denda dan penjara selama dua tahun.
Terdahulu, pihak polis menerima laporan daripada Imam masjid akan penemuan bayi berusia empat bulan yang ditinggalkan di hadapan pintu masjid. Bayi tersebut telah dibungkus di dalam sebuah plastik dan ditinggalkan bersama sepucuk nota.
Siaran media
Sumber: Mohd Redzuan Abd Manap