berita

‘Tolonglah Berhenti Merokok, Berhentilah’ – Aznil Sebak, Rayu Netizen Henti Merokok Selepas Kehilangan Ayah, Abang

September 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi, diuji dengan pemergian dua orang saudara kandungnya. Menerusi laporan Astro Awani, beliau kehilangan seorang lagi abangnya, Azharnim Nawawi selepas sebulan pemergian Allahyarham Azmir Nawawi pada 19 Ogos lalu.

Bertarung dengan penyakit kanser

https://www.instagram.com/p/B1VdysSgEh5/

Menurut Paknil, berita mengenai pemergian arwah abangnya Azmir diketahui ketika beliau sedang mengadakan Jelajagh PAK21 di Terengganu sebulan yang lalu. Manakala, pada 17 September yang lalu, sekitar 9.20 malam, beliau kehilangan seorang lagi abangnya, Azharnim Nawawi yang menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit kanser.

Allahyarham Azharnim dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi kaum keluarganya di sebuah hospital swasta. Tambah Paknil, abangnya dimasukkan ke hospital tersebut sejak beberapa hari lalu sebelum tenat pada Isnin.

Saya dan adik-beradik yang lain reda dengan pemergian arwah abang saya. Walaupun pahit untuk menerima kehilangan dua orang abang dalam tempoh sebulan, namun, kami harus menerimanya dengan penuh kesabaran.

Tolong berhenti merokok

Terbaru, menerusi Twitter E-nuyn, wanita ini berkongsi live story yang dilakukan oleh Paknil. Live Instagram tersebut menunjukkan Paknil sedang menangis dan merayu kepada semua rakyat Malaysia supaya berhenti merokok. Ini kerana, kedua-dua orang abangya termasuk ayahnya, meninggal dunia sebab rokok. Beliau juga meminta masyarakat supaya ingat orang tersayang sambil meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua abangnya.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen turut berkongsi kisah kehilangan orang yang disayangi disebabkan rokok. Mereka turut bersetuju dengan rayuan Paknil agar masyarakat perlulah berhenti merokok demi keluarga dan kesihatan diri sendiri.

Sumber: Aznil Haji Nawawi, Astro Awani & E_nuyn

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×