Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata keempat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada pagi, Ahad.
Artikel Berkaitan: Tom Selesa Bersalin Di Hospital Kerajaan, Boleh Jimat Kos – ‘Siap Dapat Epidural, Bayar RM24 Je’
Tom selamat lahir bayi keempat
Berita gembira itu dikongsikan oleh isteri kepada Fuad iaitu Tom di IG Story miliknya. Dalam hantaran tersebut, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkata, dia terpaksa melahirkan secara pembedahan kerana berdepan dengan beberapa komplikasi.
Alhamdulillah, baby caesar, pertama kali kena caesar sebab banyak komplikasi. Apapun Alhamdulillah, welcome to the world baby, love Anggun
Pasangan penyanyi itu meluahkan rasa syukur dan gembira atas kehadiran insan baharu yang bakal menambahkan seri lagi dalam hidup mereka.
Terdahulu, Tom akui lebih selesa untuk melahirkan cahaya mata keempatnya itu di hospital kerajaan berbanding swasta selain kos rawatan jauh lebih murah.
Untuk info, Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia. Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.
Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu. Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Sumber: Tom