
Penyanyi, Tom mengakui kini lebih selesa menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga selepas empat tahun meninggalkan kerjaya yang paling diminati sebagai penghibur malam.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Ada Lagi Sorang Kena Terus Kahwin’ – Tak Mahu Suami Berlaku Curang, Tom Bagi ‘Lesen’ Fuad Rahman Beristeri Dua
Artikel Berkaitan: Fuad Rahman & Tom Umum Nama Anak – ‘Putri Anggun Lovellia’
Berat hati

Menerusi muat naik di Instagram, pemilik nama Raja Farah Afzal Raja Ikram, 38, berkata pada awalnya dia berat hati mahu berhenti.
Bagaimanapun selepas memberi tumpuan penuh menjaga keluarganya, Tom mula bertukar minat.
Sebenarnya saya rindu nak buat persembahan malam macam dulu tapi suami tidak izinkan.
Suami cakap biar dia sorang saja yang kerja, tanggung semua benda untuk saya dan anak-anak.
Sedih sebab saya memang suka buat persembahan malam. Dah empat tahun tidak buat dan sekarang duduk rumah ambil show biasa saja.
Lama-lama keinginan nak menyanyi malam tu dah tiada. Sekarang rasa seronok pula duduk di rumah jaga anak-anak. Boleh bawa mereka keluar jalan-jalan.
Jelas Tom, masa yang terluang juga diisi dengan melakukan kerja sambilan seperti mempelajari teknik pemasangan veneer gigi serta mempromosikan perkhidmatan spa rakannya.
Kerja okay, tak kerja pun okay

Pun begitu, Tom berkata suaminya iaitu penyanyi, Fuad Rahman tidak pernah memintanya untuk bekerja namun dia tetap mahu mempunyai pendapatan sendiri.
Kerja sambilan ni pun suami kata kalau mak buat, buat la. Dia tidak pernah suruh saya kerja cari duit bantu dia.
Kalau boleh dia nak saya fokus jaga rumah dan anak-anak tetapi saya suka bekerja sebab ada duit sendiri.
Rasanya masa untuk saya menyanyi untuk persembahan malam dah habis. 18 tahun bersusah payah kerja cari duit untuk anak-anak. Sekarang masa untuk saya berehat buat kerja di luar bidang.
Dalam pada itu, Tom turut meluahkan hasrat mahu mengubah penampilannya kerana ke arah yang lebih menutup aurat berbanding sekarang.
Malas dah nak pakai baju terjojol sana sini. Cantik la tengok orang pakai baju kurung. Saya nak beli banyak-banyak buat pakaian harian.
Sumber: Instagram








