Penyanyi Naqiu mengulas mengenai isu perbandingan yang tercetus di antara dirinya dengan vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok.
Artikel Berkaitan: ‘Seminggu Simpan Perasaan, Menangis & Cakap Seorang Diri’ – Azharina Berjaya Menjiwai Lagu ‘Ayah’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Terus Jadi Kepom’
Pasti diundang serentak
Menurut Naqiu, kumpulan Boboy dan New Boyz pernah mendapat tempat di hati umum sehingga mereka mendapat tawaran persembahan yang sama dan diundang secara serentak.
Kumpulan Boboy tidak akan wujud jika New Boyz tidak cetuskan fenomena terlebih dahulu. Nama New Boyz meledak sehingga ada permintaan untuk wujudkan satu lagi band iaitu Boboy.
Dulu kalau band saya dipanggil buat persembahan, New Boyz pun akan dipanggil juga. Nama band pun lebih kurang ada ‘boy’, gaya rambut pun sama belah tengah.
Bila saya dan Tomok ada projek solo, orang akan turut membandingkan kami. Semestinya kami faham mengapa itu terjadi.
Ketika ditemui di sidang media konsert minggu kedua, All Stars Gegar Vaganza, Naqiu dilihat hanya mampu tersenyum dan sudah menjangkakan pasti akan ada pihak yang membandingkan mereka dan terimbau kenangan lama zaman kumpulan mereka mula menempa nama dahulu.
Saya baru tahu minggu lalu Tomok ada di Hot Seat. Di belakang pentas kami sudah jangka pasti orang akan bercakap kembali zaman 2001, 2002 dahulu dan ada perbandingan akan timbul. Bagi saya, Tomok ialah penyanyi yang bagus dan dia senior di dalam industri. Jangan bandingkan kami kerana jika tiada Tomok, saya pun tiada di sini.