Duo sepupu iaitu Tomok dan Sharul diumumkan sebagai duo terbaik pada minggu ke-5 Famili Duo Musim ke-4 (FD4) yang berlangsung pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: Tomok & Sharul Kamal Rampas Kembali ‘Takhta’ Juara FD4! Siap Dapat ‘Standing Ovation’ & Markah ‘Perfect 10’ Dari Juri
Menang kali ketiga!
Bertemakan Irama Dangdut, pasangan duo itu telah menyampaikan lagu Bolehlah Boleh nyanyian asal Mas Idayu dan Kelentang-Klentong nyanyian Hael.
Bagi pemarkahan pula, mereka berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 74.54 peratus mengalahkan Ayie dan Salma di tangga ke dua.
Menerusi kemenangan itu, Tomok dan Sharul berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai habuan serta hamper tajaan Perfume Paradise.
Juri tetap, Mas Idayu yang turut terkesima dengan persembahan duo sepupu ini memberi rating sebanyak 10 selain berpuas hati dengan persembahan mereka.
Korang ada aura yang menghiburkan. tak ada komen, cuma saya boleh kata bagus.
Sementara itu, Rosyam Nor selaku juri tetap juga memuji kreativiti yang ditampilkan Tomok dan Sharul selain menantikan kelainan yang akan ditampilkan oleh duo ini menerusi persembahan pada minggu akan datang.
Kreativiti itu penting. Saya nak ucapkan tahniah pada team di belakang awak. Setiap minggu awak tampilkan kelainan.
Kekalkan momentum persembahan. Tomok dan Shahrul awak sentiasa bagus.
Pada minggu keenam, kesemua peserta famili duo akan menampilkan persembahan bertemakan Retro.
Dihoskan Sharif Zero dan Janna Nick, FD4 bersiaran langsung dari studio NTV7, Glenmarie Shah Alam dan dipancarkan terus di TV3, Ahad jam 9 malam.