Tonton Original membawakan sebuah filem khas tentang empat sekawan mengejar impian bagi menjadi kumpulan band ‘ The Dreamers’.
Filem berjudul Irama Kita arahan Izuan Mokhtar terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. yang dipenuhi dengan drama remaja dan gelak ketawa dari dibintangi oleh Aiman Tino, Kahoe Hon, Arena Wan, Fara Nadiah, dan Ahmad Adly selaku teraju utama dalam filem ini.
Platform rancangan eksklusif
Kini, Tonton Original merupakan platform eksklusif bagi program original Tonton yang menyajikan rancangan yang tidak dapat ditemui dalam rancangan televisyen lain. Filem, drama, rancangan hiburan, dan banyak lagi semuanya dirancang khusus buat pelanggan Tonton.
Bukan itu sahaja, Tonton Original menghasilkan kandungan yang dihasilkan sendiri oleh Tonton dan memiliki hak pengeluaran dan pengedaran.
Irama Kita
Buat pengetahuan anda, Irama Kita mengisahkan empat orang sahabat iaitu Izi (Farah Nadiah), Kef (Ahmad Adly), Syafiq (Aiman Tino), dan Alvin (Kahoe Hon) yang sangat menyukai muzik namun terpaksa melalui pelbagai dugaan dan rintangan untuk menjadikan muzik sebagai profession utama mereka.
Walaupun cita-cita mereka belum tentu kesampaian, mereka tetap bersungguh dan berani menaruh impian untuk mencipta sebuah kumpulan band yang diberi nama ‘The Dreamers’.
Bagi mendapatkan info terkini berhubung sebarang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy dan gunakan tag #IramaKita untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial.
Layari laman web www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store untuk menonton Irama Kita.