berita

Tonton Drama, Filem Menarik Secara Percuma Di tonton CINEMA Raya Ini

May 11th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Berita baik buat semua penggemar drama dan filem tempatan, tonton CINEMA bakal memberikan akses tayangan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri!

Artikel Berkaitan: Tonton Filem Menarik Serendah RM1 Di Rumah Menerusi Tonton CINEMA

Telefilem raya terbaik

Kesemua drama dan filem ini boleh ditonton bermula 12 Mei hingga 1 Jun secara percuma https://cinema.tonton.com.my. Apa yang anda perlu lakukan ialah mendaftar akaun tonton CINEMA terlebih dahulu sebelum menikmati strim percuma kandungan yang disediakan.

Bukan itu sahaja, tonton CINEMA juga akan menyiarkan telemovie terbaik raya secara berperingkat bermula 12 Mei ini antaranya Setia Hujung Nyawa Raya, Kampung Girl Raya, Hello Mr. Perfect Raya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Din Sardin Beraya dan Cik Cinderella & Encik Engku Raya.

Sementara itu pada 19 Mei pula, sebanyak lima telemovie terbaik akan disiarkan antaranya Gerobok Raya, Baju Raya Kain Perca, Masihkah Ada Ray Buatku, Mak Tak Bagi Balik dan Abah Tak Balik Malam Raya. Telemovie raya seperti Hantu Raya Balik Kampung, Pinggam Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya, Mana Kuali Opah, Senarai Raya Papa dan Balik Raya Ke Kita pula boleh ditonton pada 26 Mei.

Mula diperkenalkan pada 14 yang lalu, tonton CINEMA mengumpulkan pelbagai kandungan drama dan filem tempatan terbaik di bawah satu platform. Tonton CINEMA boleh ditonton menerusi laman sesawang https://cinema.tonton.com.my dan aplikasi tonton yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store. 

Antara filem popular yang boleh disaksikan menerusi tonton CINEMA ialah KIL, Rock, Lebuhraya Ke Neraka, Mukhsin, Maria Mariana dan banyak lagi.

SKIP THIS AD ×