berita

Tonton Drama Sang Pewaris Lakonan Ben Amir & Amyra Rosli Di WeTV, Kolaborasi Terbaru PRIMEWORKS!

December 4th, 2020 | by Azyan
Shout Out!

Primeworks Studio, penerbit dan juga pengedar kandungan program dan filem terbesar di Malaysia baru-baru mengumumkan satu lagi kolaborasi terhebat! Primeworks berkolaborasi dengan sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan penstriman video, platform OTT (Over-The-Top), WeTV Malaysia! Wow!

Yang paling best, melalui kolaborasi ini bukan saja mereka bakal menghasilkan produksi bersama tapi terdapat juga beberapa drama yang dipilih secara khas untuk pelanggan WeTV.

Tonton drama terpilih di WeTV, sejam lepas ditayangkan di TV3!

Kalau terlepas drama best dekat TV dah tak payah risaulah! Korang boleh tengok drama tersebut di WeTV sejam selepas ditayangkan di TV3.

Lagi banyaklah kandungan best mereka akan buat lepas ni kalau dah ada platform strim macam ni kan? Penonton yang takde TV dekat rumah pun senang. Tak payah tercari-cari platform lain yang ada siarkan drama favourite korang!

Sang Pewaris & Bidadari Salju antara drama yang terpilih!

Salah satu drama dari slot Lestary TV3 yang terpilih ialah drama Sang Pewaris yang ditayangkan dari 26 November hingga 30 Disember 2020.

Drama 13 episod yang dibintangi Ben Amir selaku hero dan Amyra Rosli sebagai heroin mengetengahkan kisah kehidupan Ali dari ‘zero’ to ‘hero’ dengan unsur-unsur romantis dan konflik kekeluargaan yang muncul satu demi satu.

Ha, korang mesti suka cerita ni. Ben Amir kan hero pujaan ramai, Amyra Rosli pulak memang heroin yang buat orang cair tengok. Jarang tak power gandingan mereka ni!

Sebuah lagi karya hebat yang terpilih adalah Bidadari Salju! Bertemakan buli dan dendam, drama 28 episod dibintangi Adam Lee dan Sweet Qismina ni pasti buat korang ada pelbagai perasaan bila tengok. Geram, sakit hati semua ada!

Drama ini berkisar tentang seorang gadis miskin bernama Kayra yang jatuh cinta dengan senior dan pembuli di sekolahnya iaitu Hariz. Hariz amat membenci Kayra hingga tergamak melemparkan fitnah. Haa, apa jadi lepas tu? Kenalah tengok drama ni nanti!

Bestnya dapat tengok drama Melayu terbaru! Macam mana nak subscribe?

Korang boleh download di Apple Store untuk iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android. Korang juga boleh website WeTV dekat SINI!

Pelanggan WeTV bukan saja dapat mengakses filem dan drama-drama Melayu tapi juga ada drama-drama Cina, Tamil, Indonesia dan Korea yang terpilih tau! Lagi best sebab sekarang ada promosi kalau korang nak subscribe akaun premium, di mana korang hanya perlu bayar RM7.90 sebulan atau RM79.90 setahun!

Murah betul untuk pelbagai drama dan filem yang korang boleh tonton. Filem produksi WeTV, Aku Bukan Gila, Arus Merah dan program-program terbitan WeTV pun ada tau!

So guys, langganlah WeTV sekarang dan tonton drama-drama dan filem-filem menarik sekarang!

SKIP THIS AD ×