berita

Tonton Filem Lucah Bersama Selama 6 Tahun, Lelaki Rogol Kakak Ipar Hingga Hamil

September 6th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Indonesia, seorang lelaki didakwa merogol kakak iparnya yang masih di bawah umur sejak 6 tahun lalu.

Artikel Berkaitan:Wanita Nyenyak Tidur Diperkosa Bergilir-Gilir 5 Rakan Abang Ipar, Siap Rakam Adegan Rogol

Menggugut mangsa dengan merakam

Memetik laporan Janteng Tribun, suspek yang berasal dari Sulawesi Tenggara itu telah merogol kakak iparnya pada tahun 2017 dengan menonton video lucah bersama.

Menurut Ketua Polis Daerah Abuki iaitu IPTU Muhammad Yusran, suspek telah memaksa mangsa untuk melakukan persetubuhan buat kali pertama.

Pada tahun 2017, pelaku mengajak mangsa menonton filem lucah di telefon bimbitnya. Kemudian pelaku memaksa mangsa melakukan persetubuhan.

Suspek juga dipercayai melakukan perbuatan tersebut untuk kali kedua tetapi dengan merakam aksi mereka tanpa pengetahuan kakak iparnya sehingga mengandung.

Ia berlaku sekali lagi pada 2018 tetapi pelaku secara rahsia merakamnya. Kemudian video itu digunakan oleh pelaku sebagai alat untuk memaksa mangsa melakukan hubungan seksual.

Jika mangsa enggan, suspek mengugut untuk mengedarkan video berkenaan.

Difahamkan, pelaku dan mangsa telah melakukan hubungan seksual sehingga Jun 2023. Susulan itu, suspek telah di tahan pihak polis dengan hukuman berat atas perbuatannya.

Sumber: Janteng Tribun

SKIP THIS AD ×