berita

Wanita Nyenyak Tidur Diperkosa Bergilir-Gilir 5 Rakan Abang Ipar, Siap Rakam Adegan Rogol

September 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Rogol bergilir-gilir

Gambar sekadar hiasan

Lima lelaki didakwa memperkosa seorang wanita berusia 27 tahun secara bergilir-gilir dan bertindak merakam perbuatan berkenaan.

Artikel Berkaitan: Pensyarah Sado Perkosa Pelajar Ketika Datang Haid

Artikel Berkaitan: Dua Lelaki Didakwa Merogol & Memasukkan Objek Keras Ke Dalam Alat Sulit Budak 12 Tahun

Mangsa sedang tidur

Rogol Bergilir-Gilir

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang tidur di kediamannya di Wangsa Maju pada jam 3.30 pagi Rabu.

Mangsa kemudian tersedar setelah mulutnya ditutup dengan tangan suspek yang dipercayai kenalan abang iparnya.

Berdasarkan kenyataan sumber, sebelum suspek bertindak merogol serta merakam perbuatan terkutuk itu mereka telah mengikat tangan dan menutup mulut mangsa menggunakan pita pelekat.

Selepas memperkosa mangsa mereka terus melarikan diri menyebabkan dia cedera dan lebam di tangan.

Trauma dengan kejadian itu mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Menurut beliau, polis kini sedang mengesan suspek yang melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×