Pemergian penyanyi berbakat besar, Siti Sarah pada Ogos tahun lalu akibat Covid-19 memberikan dugaan hebat buat suaminya, Shuib. Sudah pasti bergelar ‘Single Daddy’ bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai 4 orang anak yang masih lagi kecil dan menagih perhatian sepenuhnya daripada Shuib.
Walaupun begitu, Shuib tetap memberikan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anak-anak kesayangannya. Menerusi program Diari Daddy yang disajikan menerusi TV3 setiap hari Sabtu, jam 530 petang bermula pada 2 April, penonton dapat mengikuti rutin harian yang dilakukan oleh Shuib bersama anak-anak.
View this post on Instagram
Sebagai seorang selebriti yang berada di kemuncak kerjaya dan pengusaha perniagaan Bublebee yang semakin maju, Shuib sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar.
Namun, Shuib tetap berjaya memikul semua tanggungjawab itu dan dalam pada yang sama mampu memberikan kasih sayang, masa serta perhatian yang sebaiknya kepada anak-anak.
Penonton Diari Daddy akan dapat melihat sisi Shuib sebagai seorang ayah yang menjadikan keluarga sebagai fokus utama. Saban hari, ada sahaja aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak.
Malah, korang juga boleh melihat persiapan untuk Ramadan dan Aidilfitri mereka sekeluarga! Sedikit sebanyak mesti sakit kepala kan?
Sempurnakan Pengisian Ramadan Tanpa Rasa Sakit
Dalam pada memenuhi tanggungjawab kepada keluarga, tuntutan kerja dan menjalani rutin harian yang sibuk semasa berpuasa, sudah pasti ada masanya terasa sakit kepala.
Pengambilan paracetamol adalah pilihan paling efektif untuk korang yang berpuasa kerana ia tidak memberikan kesan kepada perut.
Malah, paracetamol akan disingkirkan dari tubuh badan kita secara semulajadi dalam masa 24 jam. Badan kita tidak membina rintangan terhadap paracetamol. Jika korang guna seperti arahan yang ditetapkan, kesannya akan kekal efektif seperti biasa setiap kali pengambilan.
Jadi, bolehlah korang menjalani ibadah puasa dengan sempurna tanpa rasa sakit dan seterusnya meraikan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan!