Perasan tak? Banyak kedai dah sediakan pembayaran melalui e-wallet terutamanya Boost. Boost ni antara aplikasi e-wallet yang paling popular sekarang. Kami yakin korang pun mesti salah seorang pengguna Boost kan?
Sebenarnya banyak kelebihan menggunakan Boost ni. Bayangkan korang akan dapat ganjaran setiap kali korang buat transaksi. Memang best. Lebih-lebih lagi, Boost ada benda menarik sempena bulan Ramadan ni.
Boost buat sesi IG Live bersama Harris Annuar dan Daphne Iking di bulan Ramadan!
Sempena kempen ‘Bersama Berkongsi Berkat‘ Boost pada bulan Ramadan, aplikasi e-wallet yang semakin membangun ni telah menganjurkan ‘Boost Berkongsi Live‘ bersama Harris Annuar dan Daphne Iking melalui IG Live setiap hari Ahad.
Setiap minggu ada segmen berbeza seperti menyokong pilihan makanan tempatan, membayar zakat menggunakan aplikasi + sumbangan, pilihan baju raya dan barangan persiapan raya. Lepas tu, ada sesuatu yang menarik dalam IG Live ni menanti korang. Jangan lupa join!
Siapa tak kenal Harris dan Daphne? Mereka ni pelakon popular di Malaysia tau. Mereka akan kongsikan macam mana korang dapat jadikan perayaan Ramadan dan persiapan Raya korang lebih bermakna dan istimewa, sambil terus #KitaBoostKita dan #KitaJagaKita sepanjang wabak ni.
Selain untuk buat bayaran tanpa tunai, banyak lagi benda korang boleh buat dengan Boost. Harris pun ada bagitahu masa dua sesi IG Live yang lepas. Tak sempat join? Jangan risau. Meh kami bagitahu apa yang Harris bualkan..
Sokong peniaga tempatan, jom Sapot Lokal untuk #KitaBoostKita.
Semasa sesi IG Live, Harris berbual dengan tiga peniaga tempatan yang berkongsi tentang perniagaan mereka. Paling menarik, mereka ni juga peniaga Boost. Bayaran tanpa tunai dengan Boost dah banyak tolong mereka dalam berniaga.
- Milkbar (@ milkbar.my) – menjual produk susu buatan tempatan.
- RUNCHIT (@ runchit.kl) – bermula semasa MCO pertama sebagai platform untuk keluarga dan kawan yang hilang pekerjaan semasa wabak. Terpaksa mulakan perniagaan F&B baru untuk bertahan. Mereka hanya jual 100% produk tempatan.
- Bekalan Makanan Azhar (@kerepek_azharfood) – salah satu perintis vendor kerepek di Johor, bermula dengan perniagaan kecil dan kini semakin berkembang dalam industri, membuat kerepek dari ubi kayu (ubi).
Tahu tak? Bagi setiap RM10 yang korang belanjakan untuk peniaga Boost, korang boleh tolong peniaga favourite korang menang hadiah hebat dan wang tunai tau!
Haa.. Ni la cara kita boleh bantu peniaga ni. Bukan kita tolong dengan beli barang je, Boost akan top up lagi dengan hadiah hebat dan wang tunai untuk diorang.
Kalau korang ada business sendiri dan berminat, boleh la sign up di: https://signup.boost-my.com/.
Beri sokongan digitalisasi dan pembiayaan untuk peniaga.
Semasa sesi IG Live pertamanya, Harris ada berbual dengan peniaga bagaimana Boost jugak menyokong peniaga Lokal dengan cara mereka sendiri.
Dengan Boost, peniaga boleh mohon pembiayaan mikro kos rendah sehingga RM20,000 setiap MSME untuk tempoh 18 bulan, tanpa faedah tanpa pembayaran balik selama enam (6) bulan pertama. Apabila pembayaran bermula pada bulan ke-7 dan seterusnya, MSME dapat menikmati kadar faedah rendah hanya 0.5% setiap bulan.
Selain tu, peniaga boleh memohon Geran Digitalisasi SME dengan kerjasama Boost bersama Celcom. Pemberian ni dapat tolong peniaga mendigitalkan perniagaan mereka dan beralih ke dalam talian (online) dengan cara yang mudah.
Lepas tu, ada jugak kit permula digital yang membolehkan perniagaan korang lebih visible untuk meningkatkan trafik ke kedai korang. Boleh akses hampir 9 juta pengguna Boost!
Permohonan untuk pemberian ni dibuka sehingga akhir bulan Jun 2021. Peniaga yang berminat boleh layari: https://www.myboost.com.my/business/campaigns/sme-digitalization-grant.
Bayar Zakat Fitrah lebih mudah dengan Boost.
Dalam sesi IG Live lepas, Harris ada kongsikan betapa senangnya untuk bayar Zakat Fitrah dengan Boost di enam negeri. Korang hanya perlu masukkan nombor IC, nama dan nombor telefon bimbit.
Ciri ‘Zakat‘ dalam aplikasi Boost secara automatik akan kira jumlah yang korang kena bayar. Korang masukkan je jumlah orang yang korang bayar. Dengan cara ni, korang dapat tolong ibu, ayah atau ahli keluarga korang tunaikan tanggungjawab zakat mereka.
- Lembaga Zakat Selangor (LZS)
- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
- Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
- Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
- Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS)
- Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
Korang jangan risau bila bayar zakat secara online ni kalau tak ada ‘Lafaz Akad’. Untuk pengetahuan korang, Lafaz zakat ni sunat, bukan sesuatu yang wajib dan kalau kita tidak melafazkannya, zakat fidyah yang dibayar tetap sah mengikut undang-undang Islam.
Boleh beramal dengan #DoGoodwithBoost.
Sejak bermula pada bulan Oktober 2017, Boost telah jadikan #DoGoodwith Boost sebagai tradisi setiap tahun dengan memasukkan ciri khas ni ke dalam aplikasinya. Cara ni dapat tolong masyarakat sewaktu perayaan sehingga tiada yang ketinggalan.
Kita semua tahu yang NGO dan organisasi amal dah hadapi kesusahan sejak wabak melanda. Dalam sesi IG Live keduanya, Harris berbual dengan 6 organisasi amal yang berbeza.
Korang boleh menyumbang dengan menggunakan fungsi ‘Donation‘ dalam aplikasi Boost. Semua e-sumbangan melalui Boost akan disalurkan terus ke organisasi amal.
Ini antara NGO dan badan amal dalam Boost yang berbual dengan Harris sewaktu sesi IG Live keduanya:
- Surau An Nur Fasa 2 – (@ surau_annur_f2_bss)
- Sadaqa House oleh Bank Islam Malaysia Berhad (@sadaqa_house)
- Dana Wakaf Al-Mursyidin UPSI (@wezas_upsi)
- Pusat Jagaan Maju Jaya (@pjmj_ipoh)
- Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (@ bsmmkl.official)
- Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor (Orkids) (@orkids_school)
Korang boleh beri e-sumbangan kepada mana-mana NGO pilihan korang secara langsung melalui aplikasi Boost. NGO yang disenaraikan merangkumi kebajikan kanak-kanak, warga tua dan masyarakat kurang bernasib baik, persekitaran, kesihatan, pendidikan, bantuan kemanusiaan dan banyak lagi.
Kalau korang nak tonton dua sesi IG Live Harris ni, korang boleh lawati akaun Instagramnya @harrisannuar.
Jom tonton sesi IG Live akan datang, bersama Daphne Iking!
Nak lebih banyak inspirasi supaya Ramadan dan Raya korang lebih bermakna? Jangan lupa sertai ‘Boost Berkongsi Bersama Daphne‘ di (@daphneiking) pada hari Ahad depan (25 April) jam 11 pagi dan 2 Mei, jam 2 petang.
Pada minggu ni, Daphne akan kongsikan tips yang dia gunakan dalam memilih fesyen Baju Raya. Dia jugak akan berbual dengan butik fesyen tempatan yang juga merupakan peniaga-peniaga Boost supaya kita semua boleh sapot lokal untuk mereka beraya tahun ini.
Untuk hari minggu berikutnya, Daphne akan membincangkan tips yang dia gunakan dalam persiapan Raya pada saat-saat terakhir. Tak boleh terlepas ni. Jangan lupa saksikan nanti!
Peluang menang hadiah kalau sertai IG Live bersama Daphne Iking
Haa.. Ada ganjaran tau kalau korang sertai IG Live bersama Daphne Iking. Seramai 10 pengguna bertuah akan berpeluang memenangi kredit e-wallet Boost RM50 dan 10 pengguna bertuah lagi akan mendapat 1000 Boost Coin. Syok gila!
Untuk pengetahuan korang, Boost Coin boleh digunakan untuk menebus item menarik dari Boost Ramadan Catalogue, untuk penyertaan dalam BoostUP Pick & Win atau pertukaran dengan cashback Partner Wallet untuk bil, barang runcit atau petrol. Peluang terbaik ni!
Bonus istimewa buat pengguna kali pertama Boost
Sempena perayaan Hari Raya tahun ni, Boost tak terlepas untuk memulakan program rujukan baru di mana korang boleh dapat sehingga RM300 eDuit Raya apabila rakan korang mendaftar dan menggunakan Boost menggunakan invite code anda.
Sebagai bonus tambahan, pada masa akan datang, Boost nak bagi penghargaan kepada semua pengguna kali pertama Boost dengan paket selamat datang. Selepas pengguna baru menambah RM20 ke e-wallet Boost mereka melalui perbankan dalam talian, mereka akan terima RM20 ringgit untuk dibelanjakan. Best oi!
Semoga bulan Ramadan dan Syawal korang kali ni lebih bermakna bersama Boost!
Korang boleh muat turun aplikasi Boost dengan klik link di bawah:
- Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.myboost&hl=en
- IOS: https://apps.apple.com/my/app/boost-ewallet/id1235987570
Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari https://www.myboost.com.my.