Pelakon dan pengarah, Tam Suhaimi mengingatkan pengkarya agar tidak bergantung kepada babak sensasi sebagai cara mudah menarik perhatian penonton.

Artikel Berkaitan: ‘Banyak Karya Aku Kena Banned, Payah Jadi Pengkarya Melawan Arus’ – Erma Fatima

Elak adegan sensasi

Tam, 46, berkata, sebuah karya mampu berdiri kukuh sekiranya memiliki jalan cerita yang mantap, tanpa perlu diselitkan adegan melampau seperti aksi ranjang atau ciuman.

Kalau saya perlu sensasi dalam setiap produk yang dikeluarkan seperti adegan cium untuk tarik penonton, bermakna saya tidak percaya dengan karya tersebut.

Sebagai pengkarya perlu berpada-pada, jangan sewenangnya mahu adakan babak bercium, aksi atas ranjang dan sebagainya.

Pengkarya harus yakin dengan naskah yang mereka ketengahkan.. Yakin dengan jalan cerita serta nilai pengajaran yang ingin disampaikan kepada penonton.

Tam berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Royal Night di W Factory, Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tam menegaskan dia tidak mahu dikenali sebagai sutradara penuh kontroversi, sebaliknya berharap karyanya menjadi sebutan peminat seni kerana mutu dan kualitinya.

Sejak awal kemunculan sebagai pelakon dan pengarah, rasanya saya jarang ada kontroversi dan tidak mahu orang mengenali saya disebabkan suka cetuskan kontroversi.

Saya mahu orang mengenali saya dengan karya-karya yang bagus dan tidak mahu viral sebab yang tidak baik.