berita

Toyota GAZOO Racing Bawakan Konsert Judika & Bunkface! Tebus Tiket Percuma Korang Sekarang!

June 17th, 2022 | by Syazwani Shaharudin
Kini Trending

Buat semua peminat sukan permotoran tempatan, ada berita gembira untuk korang tau! Toyota GAZOO Racing kembali dengan musim ke-5 pusingan kedua pada 25 – 26 Jun 2022 ni! Haa.. korang mesti tak sabar menunggu acara tahunan daripada UMW Toyota Motor ni kan?

TGR musim ke-5 kali ini membuka semula pintunya dengan menyambut kehadiran orang ramai untuk menyertai selepas hampir dua tahun tidak menjalankan aktiviti secara langsung dan dengarnya kali ini pelbagai aktiviti yang disediakan. Jom kami kongsikan!

Tonton perlumbaan secara live di Litar Antarabangsa Sepang!

Kalau sebelum ni korang hanya boleh menyaksikan TGR musim yang lepas secara atas talian, tapi sekarang tak lagi!

Menariknya kali ini, korang boleh tengok selebriti dan pelumba kesukaan korang berlumba secara langsung di Litar Antarabangsa Sepang! Korang boleh pergi dan tonton depan mata weh!

Tak kan ada perlumbaan je dekat situ kan? Haa..macam-macam yang best ada sepanjang TGR berlangsung! Ini antara aktiviti yang disediakan:

Persembahan live eksklusif dari artis tanah air dan antarabangsa!

Pada musim kali ini, ada persembahan eksklusif secara langsung daripada artis tempatan dan antarabangsa tau! Konsert ini berlangsung pada penghujung program selama 2 hari berturut-turut.

Antara artis tempatan yang akan membuat persembahan adalah kumpulan Bunkface untuk hari Sabtu dan lebih istimewa kali ini TGR menjemput artis international!

Peminat lagu Indonesia mesti kenal Judika kan? Wow! Judika pun akan membuat persembahan pada hari Ahad, memang rugi sangat kalau korang tak datang sini!

Manakala, barisan selebriti GAZOO Racing seperti Wany Hasrita, Nabila Razali dan Khai Bahar  juga akan membuat persembahan tau! Masuk memang percuma je guys, tapi korang kena tebus tiket free secara atas talian di sini!

Meet & Greet Bersama Selebriti TGR

Peminat juga boleh mendekati selebriti kegemaran mereka yang bertarung di setiap musim. Selebriti-selebriti dari musim pertama hingga terbaharu akan menyertai event ini! Jadi korang bolehlah bergambar dan beramah mesra bersama barisan pelumba musim ke-5 termasuk Juara Musim ke-4, Shukri Yahaya dan Naib Juara, Zizan Razak. Nak eksklusif lagi, korang kenalah dapatkan pas superfan!

Selebriti lain seperti Nabil Ahmad, Janna Nick, Wany Hasrita, Nabila Razali, Khai Bahar, Ahirine Ahiruddin dan Ain Edruce yang kembali menyertai Cabaran Vios selepas bercuti menyambut anak sulungnya pun ada semasa Meet & Greet ni!

Bagaimana caranya nak dapatkan pas superfan ni? Datang awal ke Festival TGR 25 & 26 Jun untuk mendapatkan pas Superfan bagi 200 orang sahaja sehari. Siapa cepat dia dapat gais! Ayuh! MASUK PERCUMA!

Tebus tiket percuma korang sekarang di sini!

Hobby Zone

Kalau korang datang dengan kawan atau keluarga bolehlah ke Hobby Zone, sebab dekat sini ada game yang boleh korang sertai bersama-sama.

Korang juga boleh main skateboard dan BMX tau! Ajak lah member korang join sekali, lagi ramai lagi meriah.

Tapak Urban Dining Food Truck

Puas dah berjalan dan buat setiap aktiviti, mesti perut pun lapar kan? Haa.. jangan risau ada food truck juga! Macam macam jenis makanan, dessert dan minuman yang ada di sini untuk korang nikmati. Yang penting, harga makanan pun berpatutan dan sedap weh!

TGR Fantasy Dream Team

TGR Fantasy Dream Team adalah platform perlumbaan di mana pemain perlu mendaftar dan bersaing antara satu sama lain dengan mencipta TGR Dream Team mereka sendiri yang terdiri daripada pelumba yang korang yakin akan menunjukkan prestasi terbaik sepanjang musim.

Pemain yang berjaya mengumpul mata terbanyak akan dipilih sebagai pemenang pada akhir pusingan dan berpeluang untuk menangi hadiah wang tunai lumayan serta barangan eksklusif TGR.

Jadi, bina pasukan TGR Dream Team korang di sini!

Menangi merchandise eksklusif & lucky draw sehingga RM20,000!


Lebih istimewa kali ini, ada cabutan bertuah menanti korang! Menangi merchandise eksklusif TGR dan hadiah bernilai sehingga RM20,000!

Tiket, tempat parking dan semua aktiviti percuma je weh!

Korang cuma perlu mendaftar dalam talian untuk dapatkan akses ke Festival Toyota GAZOO Racing. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Toyota GAZOO Racing Malaysia atau tebus tiket percuma korang sekarang klik di SINI!

SKIP THIS AD ×