berita

Tragedi 3 Tahun Terbongkar, Pengetua Sekolah Agama Disyaki Rogol Pelajar

December 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pengetua di sebuah sekolah agama yang terletak di Kelantan telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki merogol seorang pelajarnya. Paling tidak disangka-sangka apabila mengetahui perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan oleh suspek sejak tiga tahun lalu.

Berlaku sejak tahun 2017

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, suspek yang berusia 45 tahun itu sudah pun berkahwin tetapi dipercayai tergamak merogol mangsa yang merupakan pelajarnya sendiri sejak dari tahun 2017 lagi. Menurut Ketua Polis Kelantan iaitu Deputi Komisioner Shafien Mamat memaklumkan bahawa kejadian itu akhirnya terbongkar selepas ada pihak membuat laporan kepada e-Kasih.

Perkara ini terbongkar apabila wujud pihak ketiga yang mengetahui mengenai perkara itu hadir membuat laporan kepada pihak e-Kasih. Kemudiannya, ia dimaklumkan kepada keluarga mangsa sebelum mangsa membuat pengakuan.

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, suspek dipercayai menggunakan taktik dengan mengajak mangsa ke sekolah semasa hari cuti ataupun ketika ketiadaan guru dan para pelajar yang lain.

‘Mungkin mereka bercinta’

Bukan itu sahaja, menurut Berita Harian, kedua-dua mereka juga dikatakan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Malah, suspek juga sering berhubung secara langsung dengan mangsa tanpa pengetahuan orang lain termasuklah keluarga mangsa sendiri.

Berdasarkan siasatan awal polis, pelajar berkenaan tidak diugut oleh pengetua itu sepanjang dua tahun lalu sebaliknya apa yang berlaku sudah ada persetujuan bersama antara mereka. Mungkin mereka bercinta dan kedua-duanya sentiasa berhubung secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga.

Sementara itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar HarianBerita Harian

SKIP THIS AD ×