berita

Tragedi Langgar Lopak Jalan, Rahang Patah & Bibir Terbelah Dua

June 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata, malang tidak berbau. Seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Khairul Nazli ada berkongsi pengalamannya apabila terlibat dalam satu kemalangan ngeri sehingga membuatkan dirinya mengalami kecederaan di mulut, hidung dan mukanya.

Pengalaman ngeri patah rahang

Terlanggar lopak di jalan

Menerusi perkongsian Khairul Nazli, kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Mont Kiara. Tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya telah terlanggar satu lopak di jalan berkenaan sehingga membuatkan dia terjatuh.

Tayar motosikal tersangkut

Tambah Nazli lagi, tayar motosikalnya telah tersangkut pada bahagian depan lopak. Berikutan daripada insiden cemas itu, mulut dan hidungnya mengalami pendarahan.

‘Allah sayang aku’

Rahang kiri patah

Bukan itu sahaja, doktor yang merawat Nazli turut memaklumkan bahawa rahang kirinya telah patah. Dia kemudian dimasukkan ke KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur sebelum dibenarkan membuat CT scan (3D).

Lebih mengejutkan apabila keputusan CT scan mendapati rupa-rupanya kecederaan yang dialaminya lebih teruk berbanding apa yang dimaklumkan sebelum ini.

Doktor cadangkan pembedahan

Hanya minum susu dan cecair sahaja

Selepas menjalani pembedahan, selama 2 bulan dia hanya dibenarkan minum susu dan cecair sebelum dibolehkan memakan makanan lembut seperti kuey teow dan nasi.

Tragedi genap setahun

Sumber: Khairul Nazli

SKIP THIS AD ×