berita

Tragedi Petik Kangkung Di Parit, Lelaki Maut Kaki Hampir Putus Diterkam Buaya

September 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Maut Diterkam Buaya

Seorang lelaki maut selepas diterkam seekor buaya ketika sedang mencari kangkung di sebuah ladang sawit yang terletak di Sulawesi Barat, Indonesia pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Mayat Manusia Diheret, Ditemui Dalam Mulut Buaya

Lutut hampir putus

Lelaki Maut Diterkam Buaya

Memetik laporan Detik News, mangsa yang dikenali sebagai Wayan Jana itu menuju ke sebuah parit di kawasan ladang sawit dari rumahnya kira-kira jam 4.30 pada waktu kejadian.

Menurut Koordinator Pusat Data dan Maklumat Badan Tindak Balas Bencana Daerah (BPBD), Rezky Ilhamsyah, Wayan yang sedang memetik kangkung secara tiba-tiba diterkam oleh seekor buaya yang keluar dari parit tersebut.

Kehilangan mangsa mula disedari selepas warga kampung menjumpai motosikalnya di lokasi kejadian.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menjadi saksi Wayan menjerit meminta tolong ketika diseret buaya berkenaan.

Tambah Ilhamsyah lagi, ketika ditemui Wayan disahkan sudah meninggal dunia dan kakinya hampir putus akibat diterkam.

Mangsa sudah pun menemui ajalnya ketika ditemui orang kampung dalam keadaan lututnya juga hampir putus.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hospital bagi proses bedah siasat sebelum proses pengebumian dilakukan ahli keluarga.

Sementara itu, buaya yang menerkam Wayang berjaya ditangkap dan dibunuh pada hari kejadian demi keselamatan penduduk kampung yang lain.

Video tular

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×