berita

Tragedi Ramadan.. Nenek & Cucu Rentung Dalam Kebakaran, Ditemui Sedang Berpelukan

April 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Tribun News

Petugas kebakaran menemui mayat seorang warga emas sedang memeluk cucunya dalam tragedi kebakaran pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: Rumah Hangus Terbakar, Enam Sekeluarga Tak Sempat Jamah Juadah Berbuka

Artikel Berkaitan: Rumah Hangus Dijilat Api, Empat Beradik Terkorban

Punca kebakaran

Foto: Kompas.com

Insiden yang berlaku di Kampung Honggosoco, Kacamatan Jeluko Kudus, Indonesia itu disyaki berpunca daripada lilin yang dinyalakan semasa bekalan elektrik di kawasan tersebut terputus ketika hujan lebat.

Difahamkan warga emas tersebut menggunakan lilin sebagai pencahayaan yang diletakkan di atas almari plastik semasa berbuka puasa bersama cucunya.

Almari itu kemudian terbakar dan api semakin marak sehingga menghalang pintu lalu menyebabkan nenek berusia 70 tahun bersama cucunya yang berusia lima tahun itu terperangkap di dalam bilik tersebut.

Menurut Ketua Polis Jeluko, AKP Lukhar menerusi Bripka Arifriyanto menjelaskan bahawa ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang tidur di dalam bilik dan tidak berjaya menyelamatkan diri.

Api membakar almari plastik yang mengakibatkan almari plastik itu runtuh dan api yang marak menyambar tilam kapas serta pintu bilik.

Nenek Sutini, ketika ditemui sudah meninggal dan sedang memeluk cucunya.

Dalam pada itu, penduduk kampung melihat kepulan asap dari rumah mangsa sebelum mencuba membuka pintu rumah namun terkunci dari dalam.

Penduduk kampung kemudian memecahkan pintu belakang namun semua bilik telah hangus dijilat api dan mereka berjaya memadamkan api selepas 30 minit.

Sementara itu, menurut makluman anak mangsa, ibunya mengalami masalah penglihatan yang tidak jelas dan menggunakan tongkat ketika berjalan serta tidak mampu bergerak pantas untuk keluar dari rumah.

Kedua-dua mangsa meninggal akibat melecur 100 peratus dan dipercayai punca kematian juga adalah disebabkan kehabisan oksigen akibat terhidu asap tebal.

Pengebumian nenek dan cucu itu segera dilaksanakan pada waktu Subuh keesokkan harinya.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×