Foto: Harian Metro
Satu tragedi hitam melanda enam sekeluarga selepas rumah papan yang didiami mereka di Kampung Kebun Baru, Batu 10, Telok Penglima Garang terbakar hampir seratus peratus.
Artikel Berkaitan: Rumah Hangus Dijilat Api, Empat Beradik Terkorban
Artikel Berkaitan: 20 Jemaah Terkorban, Puluhan Cedera Dalam Nahas Bas Langgar Jambatan
Tak sempat jamah juadah berbuka
Foto: Kosmo
Memetik laporan Harian Metro, apa yang lebih menyedihkan ialah kejadian tersebut berlaku kurang lebih satu jam sebelum waktu Maghrib ketika mereka sekeluarga sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat memaklumkan bahawa kebakaran tersebut turut menyebabkan sebuah kenderaan hangus terbakar dijilat api.
Kebakaran membabitkan sebuah rumah yang terbakar sebanyak 95 peratus.
Sebuah kereta juga turut terbakar 100 peratus dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.28 petang.
Tambah Morni lagi, tiada sebarang kecederaan berlaku kepada mangsa yang terdiri daripada dua orang wanita dewasa dan empat kanak-kanak lelaki selepas mereka sempat keluar menyelamatkan diri.
Operasi memadamkan kebakaran itu berjaya dilakukan dengan bantuan daripada pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Penglima Garang, BBP Banting dan BBP Andalas.
Sumber: Harian Metro