berita

Tragedi Taufan Jebi Di Jepun, Sharifah Amani Selamat Cuma…

September 5th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Teragedi ribut taufan yang paling kuat melanda Jepun dalam tempoh 25 tahun baru-baru ini telah menggemparkan seluruh dunia. Ini menimbulkan kerisauan terhadap peminat Sharifah Amani atau Nani yang kini berada di Fujimi-Shi, Jepun

Ramai yang tertanya-tanya keadaan pelakon tersebut bersama rakan pelakon, Iedil Putra, Jit Yang Tung, Thian Siew Kim dan pengarah teater, Jo Kukathas disana.

Berada dalam keadaan selamat

Menerusi temu bual Harian Metro, pelakon Sepet itu memaklumkan bahawa beliau berada dalam keadaan selamat walaupun beberapa kawasan di negara itu dilanda Taufan Jebi, ketika ini.

Kami di sini hanya terasa angin yang sangat kencang dan diberitahu, Taufan Jebi tidak akan melalui Fujimi, namun kesannya masih terasa.

Taufan Jebi lebih ke arah Osaka dan di situ lebih banyak kerosakan yang dirasai.

Cuma pening kepala

Walaupun dalam keadaan yang selamat, Nani cuma mengalami pening kepala atau ‘vertigo’ akibat perubahan cuaca tersebut.

Sesetengah orang, kadang kala akan mengalami pening kepala kerana perubahan tekanan cuaca ini dan saya sendiri mengalaminya.

Saya terpaksa berhenti berlatih buat seketika untuk berjumpa doktor dan doktor kata ‘vertigo’ yang saya alami adalah perkara biasa dan sering berlaku akibat perubahan cuaca di sini.

Tetap bersyukur

Nani tetap bersyukur kerana dia dan rakan pelakon dalam keadaan selamat dan masih lagi mampu untuk meneruskan latihan teater. Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama buat mereka dalam menghadapi cuaca tersebut.

Nani dan rakanya berada di negara matahari terbit itu bagi menjalani latihan sempena pementasan teater berjudul Beautiful Water kerjasama tiga negara iaitu Jepun, Malaysia dan Indonesia sejak 28 Ogos lalu sehingga 13 Oktober depan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×