Gambar sekadar hiasan
Sepasang warganegara asing ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel dalam keadaan berbogel serta terdapat kesan luka di beberapa bahagian tubuh badan pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Ibu Gian Dadah Jual Anak Harga RM56 Pada Teman Lelaki, Kemudian Dirogol & Dibunuh
Artikel Berkaitan: Berang Disuruh Masak, Anak Tergamak Pukul & Bakar Bapa Hidup-Hidup
Artikel Berkaitan: Ngeri! Gara-Gara Gaduh Dua Beradik, Kakak Ditemukan Dengan Perut Terburai & Tangan Hampir Putus
Mayat terlentang
Berdasarkan maklumat, dua warganegara asing berkenaan adalah dari negara China yang menginap di bilik Hotel Intercontinental Jimbaran, Bali, Indonesia.
Dua warga asing tersebut dikenalpasti sebagai Li Chiming berusia 25 tahun yang berasal dari Guangxi dan Cheng Jianan berusia 22 tahun.
Menurut Unit Siasatan Jenayah Polis Kuta Selatan AKP AA. Made Suantara, kedua-dua mangsa ditemui kira-kira pada jam 7 pagi dan didapati sudah tidak bernyawa dengan keadaan mayat mereka berlumuran darah.
Salah seorang mangsa, Li Chiming ditemui dalam keadaan terbaring di teres koridor hotel, dalam keadaan terlentang, badan berlumuran darah, terdapat luka terbuka di leher kanan dan kiri, dan luka terbuka di kaki kiri.
Sementara itu, mayat Cheng Jianan ditemui terbaring di dalam tab mandi hotel itu.
Kedudukan mangsa terlentang, terdapat kesan luka pada leher mangsa. Terdapat juga kesan lebam di dahi. Mangsa ditemui tidak memakai pakaian (berbogel) dan didapati sudah meninggal dunia.
Ketika ini, polis sedang menyiasat sama ada kematian dua warganegara asing itu berpunca daripada pembunuhan atau bunuh diri.
Kita masih menunggu keputusan bedah siasat. Sementara itu, barang-barang mangsa selamat dan tiada apa-apa yang hilang dan kita masih lagi menyiasat rakaman CCTV.
Dalam pada itu, pihak hotel juga masih belum memberikan sebarang keterangan berhubung kes tersebut.
Sumber: Detik.com