berita

‘Trailer ‘Pulau’ Hanya Satu Peratus Daripada Keseluruhan Filem’ – Penerbit

January 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai trailer filem ‘Pulau’ yang didakwa tidak sesuai kerana mengandungi aksi panas dan berbaur lucah. Berikutan daripada itu, penerbit filem berkenaan iaitu Fred Chong berkata dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak menerusi tayangan ‘trailer’ filem tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Rasa Tak Sesuai, Jangan Tengok’ – Amelia Henderson

Hanya satu peratus sahaja

Menurut Fred, apa yang dilihat dalam ‘trailer’ itu hanya satu peratus daripada keseluruhan filem. Tambah Fred, pihaknya menerima sambutan yang sangat luar biasa tatkala ‘trailer’ filem itu dilancarkan, selain turut mendapat pelbagai komen negatif.

Saya berharap masyarakat tidak membuat andaian sebelum menonton filem ini secara keseluruhan. Kami tidak ada niat menyinggung mana-mana pihak. Segala bahan promosi filem seperti ‘trailer’, poster dan filem Pulau sendiri sudah melalui proses pemerhatian lanjut daripada pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) termasuklah senarai wajib tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Ujar Fred lagi, semua babak yang sepatutnya dipotong sudah dipatuhi oleh pihaknya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memberi pandangan bahawa ‘trailer’ filem Pulau tidak sesuai untuk ditayang, berikutan difahamkan melalui laporan diterimanya, berkemungkinan terdapat babak-babak yang dipotong terlepas masuk ke ‘trailer’ filem itu. Justeru, beliau sendiri sudah berhubung dengan pihak panggung wayang dan difahamkan juga penerbit filem berkenaan memutuskan menarik balik tayangan ‘trailer’ itu dalam tempoh terdekat serta melakukan penyuntingan baharu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×