Isu babak panas dalam filem Pulau mendapat perhatian umum apabila dikatakan tidak sesuai untuk ditayang di Malaysia oleh kerana terdapat unsur-unsur yang kurang sopan.
Artikel Berkaitan: Beri Mahkamah Masa Untuk Buat Keputusan, Amelia Henderson Syukur Dapat Cerita Apa Yang Terbuku Di Hati
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berdarah Campur, Tak Ambil Ubat Untuk Ketiak Cerah’ – Amelia Henderson
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Warnakan Rambut Merah Sebab Filter, Bukan Kecewa Putus Cinta’ – Amelia Henderson
Hanya fokus watak sendiri
Pelakon dan pengacara Amelia Henderson akui tidak terlibat dengan mana-mana aksi ‘panas’ yang heboh diperkatakan di dalam filem tersebut.
Menerusi laporan Harian Metro, Amelia mencadangkan kepada penonton untuk melihat dahulu filem tersebut sebelum membuat sebarang penilaian berdasarkan trailer yang dikeluarkan.
Orang kena tengok dahulu filem ini dan bagaimana watak saya dalam Pulau.
Tapi lepas dah tengok, rasa ianya tidak sesuai dan tak suka, jangan tengok.
Dalam pada itu, pemilik nama Amelia Thripura Henderson, 28, menjelaskan dia hanya fokus pada wataknya sahaja bagi menjiwai tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam filem tersebut.
Sumber: Harian Metro