berita

Trailer The Purge: Anarchy Bikin Jantung Berdegup Kencang. Fuh!

June 25th, 2014 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2014-06-25 at 1.17.38 PM

Apa yang akan anda lakukan jika Malaysia mewujudkan satu malam yang membenarkan keganasan berlaku dan kesemua pembunuhan itu adalah di’halal’kan?

Rasanya pasti anda semua kecut perut dan akan berkurung sambil mengawasi seluruh ahli keluarga sehingga tamat tempoh ‘pembersihan’. Eh. Tak nak lah!

Itulah intipati utama cerita penuh mendebarkan, The Purge: Anarchy yang bakal ditayangkan di pawagam mulai pada 18 Julai depan.

Screen Shot 2014-06-25 at 1.22.21 PM

Penyerang bertopeng mula ‘membersihkan’ kawasan

Cerita bermula apabila kenderaan sepasang suami isteri, Shane (lakonan Zach Gilford) dan Liz (lakonan Kiele Sanchez) kehabisan minyak semasa memandu pulang ke rumah.

Pada masa yang sama juga, waktu ‘pembersihan’ telah mula dilancarkan dan penyerang bertopeng sudah mula berkeliaran di jalanan.

Mengambil peluang untuk membunuh, Leo (lakonan Frank Grillo) mahu membalas dendam kepada Brandon Keener yang membunuh anaknya.

Manakala, Eva (lakonan Carmen Ejogo) dan Cali (lakonan Zoe Soul) pula terpaksa melarikan diri daripada rumah selepas penyerang-penyerang tersebut menghancurkannya kediaman mereka.

Screen Shot 2014-06-25 at 1.28.56 PM

Antara adegan menggerunkan dalam The Purge: Anarchy

Menampilkan pelakon handalan seperti Frank Grillo, Carmen Ejogo, Zach Gilford, Kiele Sanchez dan Michael K. William, filem ini merupakan sekuel kepada The Purge yang ditayangkan pada tahun 2013.

Keupayaan pengarah filem James De Monaco lebih menyerlah apabila dia berjaya menampilkan kelainan dalam jalan penceritaan siri kali ini.

Melihat pada trailernya sahaja, penulis sudah dapat merasai ‘ketakutan’ untuk dibunuh bila-bila masa okay!.Bagi mereka yang gemarkan filem horror-thriller, penulis memang recommend anda untuk tonton filem ni.

Apapun, jom kita saksikan terlebih dahulu trailernya di bawah!

http://www.youtube.com/watch?v=sDlJ7zJRypo&feature=youtu.be

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×