Niat murni Man Raja Lawak untuk membantu golongan susah di Malaysia, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini berjaya mencuri tumpuan netizen. Mana taknya, dia menyumbangkan wang kemenangannya sewaktu Maharaja Lawak Mega 2019 bernilai RM50 ribu dan hendak menjual kenderaannya demi membantu mereka yang memerlukan.
Terbaru, seorang pengguna Twitter memberitahu Man telah menyalurkan sumbangan buat rakan seperjuangannya iaitu Caca Raja Lawak. Lebih terharu, sumbangan tersebut diberi tanpa pengetahuan tuan empunya badan. Terbaik!
Man senyap-senyap transfer duit
Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai Elmi, Caca telah menceritakan kepadanya mengenai sumbangan yang diberikan oleh Man. Caca turut menunjukkan bukti resit bank yang menunjukkan terdapat duit masuk ke akaunnya. Tambahnya, Man pernah meluahkan hasrat untuk membantu semua kawan Raja Lawaknya. Rata-rata netizen memuji usaha dan niat Man dan berdoa agar pelawak itu dimurahkan rezeki.
Pemurah dan tidak berkira
https://www.instagram.com/p/B-bRXRqJqZT/
Terdahulu, Caca turut memuat naik satu foto di mana dia kagum dengan sahabatnya itu. Dia berharap Allah sentiasa menjaga dan merahmati sahabatnya itu.
Sumber: Elmi & Caca Raja Lawak