Bila sebut tentang transfer duit, yang hanya terlintas di fikiran mesti pindahan wang melalui nombor akaun bank, betul? Come on, itu sebenarnya zaman lama atau cara old school. Sekarang ni dah ada satu cara baharu yang lebih canggih.
Itulah yang dipanggil DuitNow di mana urusan pindahan wang boleh dihantar kepada nombor telefon bimbit sahaja! Tak perlu lagi pakai nombor akaun bank yang panjang berjela tu.
Transfer duit lebih mudah dengan DuitNow!
Pasti ramai tertanya-tanya apa beza DuitNow dengan sistem transfer duit yang biasa kita gunakan selama ini, kan? Buat apa nak pakai DuitNow kalau sistem yang sedia ada pun dah cukup mudah.
Bertenang semua. Mari sini kami explain.
DuitNow ini lebih mudah kerana pindahan wang boleh dilakukan menerusi nombor telefon bimbit. Maksudnya, kita tak perlu lagi minta nombor akaun bank kawan-kawan atau ahli keluarga untuk memindahkan wang kepada mereka. Simply, pilih sahaja nombor telefon bimbit mereka yang kita dah simpan dalam handphone, dan terus transfer. Kan senang tu!
Bayangkan situasi di mana kita tapau lunch dengan budak-budak office, lepas tu masa nak bayar, sorang kawan kita bayarkan dulu. Lepas tu of course lah kita kena bayar semula hutang kat dia. Dengan adanya DuitNow, kita boleh transfer terus duit pakai nombor telefon bimbit kawan kita tadi tu. Tak payah minta nombor akaun.
Nampak tak betapa mudahnya DuitNow!
DuitNow terdapat dalam semua perbankan internet dan aplikasi mudah alih.
Lebih menarik tentang DuitNow ialah kita boleh gunakan pada mana-mana perbankan internet dan aplikasi mudah alih milik bank. Tak perlu muat turun aplikasi lain pun.
Tak kisahlah kita pakai Maybank ke, CIMB ke, Bank Islam ke, Public Bank ke, atau lain-lain bank sekali pun, semuanya ada DuitNow. Tak ada nombor telefon bimbit? Jangan risau, DuitNow juga membenarkan kita untuk transfer duit kepada nombor MyKad, nombor pendaftaran perniagaan, dan juga nombor ID polis/askar.
Semua orang pun ada nombor MyKad, jadi semua orang boleh terima wang melalui DuitNow.
Bukan itu saja, DuitNow ini tiada maintenance. Bermaksud kita boleh akses dan gunakan DuitNow di mana-mana saja dan pada bila-bila masa iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Dah DuitNow ke belum? Kalau dah, anda berpeluang memenangi RM100,000 dan iPhone 12 Pro. Wah!
Sudahlah mudah, pemurah pula tu. Sempena kempen Dah DuitNow Ke?, DuitNow nak bagi korang RM100,000 setiap bulan untuk seorang pemenang bertuah dan juga iPhone 12 Pro untuk 3 pemenang bertuah setiap bulan. Bestnya! Rugi kalau korang tak cuba.
Kempen Dah DuitNow Ke?, akan berlangsung sehingga 31 Januari 2021. Jadi, pastikan korang join kempen ni dengan melakukan transaksi DuitNow. Manalah tahu korang pemenang bertuah yang dicari.
Untuk join kempen ni, korang cuma perlu lakukan 2 langkah berikut:
1. Daftar DuitNow untuk dapatkan ID DuitNow di perbankan internet atau aplikasi mudah alih (boleh daftar nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran perniagaan, atau nombor ID polis/askar)
2. Lakukan transaksi minima RM10 menerusi ID DuitNow atau melalui nombor akaun bank (bagi transaksi bank yang berlainan)
Itu sahaja. Secara automatik, transaksi korang dah layak sertai kempen Dah DuitNow Ke?.
**Tertakluk pada terma & syarat
Berikut adalah senarai bank yang turut serta dalam kempen dah Dah DuitNow Ke?:
- Affin Bank
- Affin Islamic Bank
- AmBank
- AmBank Islamic
- Bank Islam
- Bank Kerjasama Rakyat
- Bank Muamalat
- Bank Pertanian (Agrobank)
- CIMB
- CIMB Islamic
- Citibank
- Hong Leong
- Hong Leong Islamic
- HSBC
- HSBC Amanah
- Industrial and Commercial Bank of China (ICBC)
- Maybank (penyertaan bermula Januari 2021)
- Maybank Islamic (penyertaan bermula Januari 2021)
- MBSB
- OCBC
- OCBC Al-Almin
- Public Bank
- Public Islamic Bank
- RHB
- RHB Islamic
- United Overseas Bank (UOB)
Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Jom rebut peluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM100,000 dan iPhone 12 Pro hari ini juga. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.duitnow.my/DahDuitNowKe/