berita

Transformasi Kuarters Buruk Jadi Rumah ‘Mewah’, Foto Sebelum VS Selepas Ini Mungkin Buat Anda Tergamam!

October 7th, 2020 | by Shafika
Make-It-Senang

Memiliki rumah dengan hiasan dalaman yang cantik dan mendamaikan pasti merupakan impian semua wanita. Bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’, begitulah pentingnya dalaman rumah yang cantik kerana ianya dikatakan mampu mempengaruhi mood, dan perasaan penghuni rumah. Setiap warna, pemilihan dan susun atur perabut memainkan peranan penting.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Norgee Khairullah, dia berjaya mengubah rumah kuarters yang didiaminya tampak kemas dan eksklusif. Apa yang penting semua barang rumahnya dibeli dengan harga berpatutan di platform beli belah atas talian!

Transformasi cantik

Rumah yang didiami wanita ini pada awalnya merupakan sebuah rumah kuarters terbiar jika dilihat kepada foto-foto yang dikongsikan. Keadaan rumah bukan sahaja bersepah, namun perabot serta hiasan dalam agak teruk. Namun siapa sangka wanita ini berjaya transformasi kuarters ini menjadi cantik sebegini!

Sebelum VS Selepas

Untuk keseluruhan tema rumah ini, ianya dilihat menggunakan warna putih sebagai ‘base’ di dalam setiap dekorasi. Warna dinding ruang tamu, bilik tidur dan dapur hanya dicat menggunakan warna putih, namun masih dilihat mewah apabila digandingkan dengan wainscoting dan wallpaper.

Untuk bahagian lantai, penghuni rumah ini memilih lantai jenis ‘vinyl floor’ iaitu sejenis pelekat lantai bercorak seakan-akan kayu. Dia turut menghiasi dinding dengan 3D Wallpaper Sticker Brick berwarna putih yang hanya berharga RM2.70/unit di laluan bilik. Memang nampak eksklusif dengan harga yang sangat berbaloi!

Cantiknya!

 

Antara tempat paling penting di dalam rumah sudah tentunya bilik tidur. Betul tak? Pemilihan cadar serta susun atur di dalam bilik sangat penting untuk mewujudkan mood yang nyaman. Wanita ini memilih dekorasi yang simple dengan gabungan 3D Wallpaper Sticker Brick dan ayat Al-Quran tergantung di dinding. Simple but exclusive! Cadar tersebut dibeli dengan harga hanya RM70, murah kan?

Manakala untuk ruangan koridor dia berjaya mengubahnya menjadi bilik dobi yang cantik dan selesa. Pemilihan karpet rumput menghidupkan lagi ruang luar rumah. Ditambah pula dengan pokok tiruan yang mampu mencetuskan mood segar dan menyerlahkan lagi seri sebuah rumah.

Sumber : Norgee Khairullah

×