berita

Trending Di Media Sosial, 2 Menu Baru Musim Panas Dekat Starbucks® Ni Cipta Fenomena Tersendiri!

July 29th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Tengah trending dan hangat diperkatakan di media-media sosial, korang dah cuba ke belum 2 minuman terbaru Starbucks®? Min sendiri dah cuba, memang lain macam penangan kedua-dua minuman ni.

Serius sedap dan berbaloi untuk min. Korang wajib cuba especially penggemar buah Strawberi. Rasa minuman ni lain macam ooo… selaku orang yang tak minum kopi, min suka la rasa 2 minuman terbaru ni.

Rasa lemak-lemak, manis dan masam, refreshing giler!

Menu yang min maksudkan diatas ialah Strawberry Acai With Lemonade Starbucks® Refreshers dan Pink Drink With Strawberry Acai Starbucks® Refreshers.

Kedua-dua minuman ni, rasa dia memang ada lemak, manis dan masam tapi rasanya tak sama. Kalau korang suka minuman yang menyegarkan, lepastu masam-masam manis dan kaya dengan rasa citrus, korang kena cuba Strawberry Acai With Lemonade Starbucks® Refreshers.

Sumpah wei, rasa minuman ni boleh buat korang tersedar dari khayalan dan kembali kedunia nyata.

Berbeza dengan Strawberry Acai With Lemonade Starbucks® Refreshers, Pink Drink With Strawberry Acai Starbucks® Refreshers ni rasa dia lebih berkrim, mungkin sebab ada sweet coconut milk kot. Rasa masam tu ada tapi subtle je.

Sedap la, satu rasa yang berbeza la. Lemak-lemak, manis, masam sikit. Just nice je rasa dia.

Nak lagi rancak? Pastikan korang pakai baju warna pink masa korang tengah lepak minum. Lepas dah bergambar jangan lupa #StarbucksGoesPink #StarbucksRefreshers.

Starbucks® Oatmilk Cocoa Macchiato kembali lagi korang!

Tidak hanya memperkenalkan 2 menu baru, Starbucks juga buat comeback guys. Diorang bawakan semula minuman kegemaran korang sebelum ini iaitu Starbucks® Oatmilk Cocoa Macchiato.

Kalau korang nak tahu Starbucks® Oatmilk Cocoa Macchiato dihasilkan dengan menggabungkan rasa kopi espreso istimewa Starbucks, OatMilk, Sirap vanila dan kemudiannya diberikan mocha drizzle diatasnya bagi memberikan sentuhan yang cukup unik. Ada pahit, lemak, manis vanilla..

Sebelum min terlupa, minuman Starbucks® Oatmilk Cocoa Macchiato tersedia sebagai minuman panas atau sejuk. Jadi, korang boleh pilih, ikut kesesuaian selera korang.

Kalau korang suka minuman blended, korang order je Oatmilk Cocoa Frappucino.

Alang-alang tu, order sekali Starbucks® Chocolate Lava atau Starbucks® Absolute Coffee Cake, tau. Serius tak menghampakan! Sedap kot… I Like!

Rekaan merchandise Starbucks® onz teruk kali ni!

Disamping itu,  korang juga boleh dapatkan merchandise baru daripada Starbucks® seperti stainless steel tumbler, plastic tumbler, botol air dan kad Starbucks® You’re My Sunshine dengan design terkini yang sangat cute.

Korang yang gemar kumpul merchandise Starbucks® tu, memang kena ada koleksi baru ni sebab corak dia evergreen. Korang pakai untuk 2 atau 3 tahun pun okay. Korang tak kan nampak ketinggalan zaman. Dah la tu, sesuai dan mesra camping pulak tu. Berbaloi la beli.

Nak tengok depan mata rekaan merchandise yang min kongsi dekat atas? Korang singgah je mana-mana cawangan Starbucks® diseluruh negara. Gerenti ada!

Lagi satu, jangan lupa dapatkan Starbucks® Voyage Blend 2022 (250g), biji kopi premium dengan rasa dan aroma istimewa. Mudah la nak buat kopi dekat rumah lepas ni.

Untuk maklumat berkaitan promosi dan event Starbucks yang akan datang, korang follow je instagram @mystarbucks dan Facebook Starbucks Malaysia.

SKIP THIS AD ×