berita

Trending Di Media Sosial Selepas Ditayangkan, Netizen Puji Drama Rahimah Tanpa Rahim

January 23rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, viral poster bagi drama ‘Rahimah Tanpa Rahim‘ di platform media sosial. Ada segelintir pengguna media sosial menjadikan tajuk drama tersebut sebagai bahan tawa.

Artikel berkaitan: Tajuk Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Jadi Bahan Tawa, Doktor Dedah Sindrom ‘MRKH’ Ini Memang Dialami Wanita

Namun, selepas drama arahan Eoon Shuhaimi ini mula ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3, ternyata drama ini mendapat respon yang baik dari penonton.

#RahimahTanpaRahim trending

Drama bersiri ini mengisahkan mengenai kehidupan seorang wanita yang bernama Rahimah (lakonan Puteri Aishah) yang menghidap penyakit MRKH. Setiap perbuatan baiknya itu sering dicemuh oleh mak tiri, lakonan Liza Abdullah.

Drama bersiri ini turut dibintangi oleh Putri Aishah, Azlee Khairi, Hafidz Rosli, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah dan ramai lagi. Drama ini bakal mencetuskan pelbagai konflik yang membuatkan penonton tidak senang duduk. Apakah kesudahan nasib Rahimah? Nantikan…

Jangan main hentam je

Sementara itu, pelakon utama drama ini iaitu Puteri Aishah juga memuatnaik status di laman Twitter memohon agar penonton untuk mendidik diri masing-masing menerima penceritaan drama sebegini. Puteri Aishah juga cuba untuk mengangkat nasib seorang wanita yang mengalami MRKH dalam lakonannya kali ini dan mendedahkan orang ramai mengenai penyakit tersebut.

Drama yang bagus

Tidak hanya itu, rata-rata netizen juga memuji drama Rahimah Tanpa Rahim ini dan menganggapnya sebagai sebuah naskah yang baik untuk ditonton. Bukan itu sahaja, netizen juga tidak sabar untuk menonton drama bersiri ini sehingga ke episod terakhir.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×