berita

Trending Di Twitter, Netizen Tak Puas Hati Shila Amzah Dapat Tempat Ketiga GV9?

November 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, rata-rata netizen mempertikai mengenai keputusan akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), semalam. Menurut netizen, Shila Amzah sepatutnya meraih tempat kedua berbanding Bob.

Artikel berkaitan: Jaclyn Victor Juara GV9, Bawa Pulang RM100k

Shila hafal lagu

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! netizen mendakwa Bob melihat lirik sewaktu melakukan persembahan jika dibandingkan dengan Shila Amzah yang menghafal kesemua lagu. Tambah netizen, persembahan Shila Amzah sangat konsisten setiap minggu dan pelantun suara ‘Patah Seribu’ itu telah membawa pelbagai genre lagu semasa pertandingan tersebut berlangsung.

Walau bagaimanapun, netizen berharap Shila Amzah akan terus bersemangat dan memberi sepenuh tumpuan di Anugerah Juara Lagu yang bakal diadakan awal tahun hadapan.

Selain Shila, netizen turut tidak berpuas hati dengan keputusan Hazrul Nizam. Menurut netizen, Hazrul juga layak mengungguli tiga tempat teratas. Jelas netizen, penyanyi kelahiran Singapura itu mempersembahkan lagu ‘Terlanjur Cinta’ dan ‘Crazy’ sangat baik di pusingan pertama. Bahkan, di pusingan battle bersama Bob juga Hazrul kelihatan menyerlah.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×