Semalam menjadi trending di laman twitter apabila Neelofa mengumumkan akan berundur daripada program MeleTOP dan mengacarakan program itu buat kali terakhir pada 31 Disember ini.
Pengumuman yang dibuat secara langsung semalam menyaksikan pengacara itu menangis sebak menahan hiba. Bayangkan selepas 7 tahun, akhirnya dia terpaksa membuat keputusan berat ini.
Ramai yang sedih
Dengan hati yang sangat berat, ini adalah bulan terakhir saya akan bersama dengan MeleTOP. Terima kasih untuk segalanya dan memberi kepercayaan kepada saya selama ini.
Bagi saya MeleTOP adalah sebahagian daripada hidup saya. Amat berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain.
Neelofa turut memuat naik foto berserta ‘no caption’ selepas pengumuman dibuat. Hal itu mendapat respon orang ramai yang rata-ratanya berdukacita dengan keputusan itu. Malah, Nabil selaku pengacara MeleTOP juga kelihatan terkejut dengan pengumuman itu.
Akan tampil program baru
Banyak perkara yang saya rancangkan untuk tahun 2020 dan salah satunya saya akan tampil dengan program baharu. Memang berat untuk saya tinggalkan MeleTOP kerana program ini melihat bagaimana kerjaya saya berkembang, bagaimana saya dan Nabil kembangkan program ini bersama.
Tapi saya tak boleh buat semua dan terlalu selesa dengan apa yang saya buat kini.
Menurut Neelofa, keputusan ini dibuat kerana ianya untuk memberi laluan kepada karier seninya yang lain. Dia terpaksa berkorban untuk mencuba perkara baru.
Tiada siapa boleh ganti Neelofa
Sumber : Twitter