Kisah Malim Gunung Kinabalu yang terkorban akibat gempa bumi, Robbi Sapinggi mendapat perhatian ramai pihak. Ini kerana sifat mendiang yang sangat mengutamakan kesihatan dan keselamatan pendaki bawah jagaannya semasa mendaki Gunung Kinabalu.
Robbi Sapinggi cedera di kepala akibat terkena runtuhan batu dan kehilangan darah yang banyak. Mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika menunggu bantuan tiba.
Robbi Sapinggi seorang wira
Keberanian dan pengorbanan Robbi Sapinggi wajar dijadikan motivasi dan inspirasi untuk kita semua. Walaupun cedera, mendiang tetap tidak lupa tanggungjawab mengenai keselamatan pendaki-pendaki yang lain.
Mendiang juga telah meninggalkan seorang balu dan anak yang masih lagi kecil. Semoga Robbi tenang di sana..
“In memory of an unsung hero, Robbi Sapinggi”
Kredit video: Jacky Teh