Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kenyataan seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan tindakan segelintir wanita yang dikatakan lebih gemar berhias ketika di luar berbanding di rumah.
Tak dinafikan, kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah penyanyi dan chef selebriti terkenal Malaysia iaitu Dato’ Fazley Yaakob.
Respon Dato’ Fazley Yaakob
Kenyataan seorang pengguna Twitter
Menerusi satu posting di Instagram, Dato’ Fazley Yaakob berpendapat kenyataan individu itu adalah sebuah perspektif fikiran yang sangat jumud atau sempit. Jelas pelantun lagu Asmara Ini lagi, setiap perkara yang dilakukan mestilah mempunyai batas dan sebagai seorang suami juga, mereka tidak sepatutunya membebankan isteri dengan perkara-perkara kecil seperti ini.
Hal ini kerana, tanggungjawab seorang isteri bukanlah begitu mudah kerana mereka mempunyai banyak tugas yang perlu dilakukan di rumah.
Memang betul isteri seeloknya berhias untuk suami di rumah, TETAPI, kalau tak penat lah kan? Yakni, lepas jaga anak, basuh baju, memasak, cuci pinggan, bersihkan tandas, kemas katil, beli barang di pasar, siapkan homework anak2, handle perangai mak mertua (kalau yang jenis mak mertua tak sporting), siram bunga and pokok kat luar, kemas beranda rumah – ini semua sebelum pergi office dan selepas balik office!
‘Perkahwinan ni is a teamwork’
Dato’ Fazley berpendapat kehidupan sebagai suami isteri perlulah adil dan saksama kerana perkahwinan itu seperti sebuah kumpulan atau teamwork yang memerlukan ‘kerjasama’ bagi kedua-dua belah pihak.
Bukan itu sahaja, bapa kepada empat orang anak ini juga berpandangan sekiranya suami mahu isteri sentiasa ‘berhias’ di rumah maka suami juga perlu berbuat perkara yang sama seperti menjaga kebersihan diri dan sebagainya.
Jadi kalau isteri kat rumah tak bersiap, tetapi keluar dan rumah semua di jaga elok, dah kira hebat dah tu? Suami nak isteri berhias? Suami pun kena lah trim bulu ketiak, mulut jangan bau petai, rajin mandi, jangan asyik pakai kain pelikat bau kepam
Barulah adil kan? Perkahwinan ni is a teamwork, bukan tanggungjawab salah sorang je.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terutamanya golongan isteri bersetuju dengan pandangan Dato’ Fazley.
Sumber: Dato’ Fazley Yaakob