berita

‘Trimester Pertama Sangat Sukar Sehingga Awal Trimester Kedua’ – Dr Amalina Hilang Berat Badan Di Awal Usia Kandungan

June 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri mengesahkan dirinya hamil anak pertama. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Dr Amalina sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!

Perasaan sangat teruja

Sudah berkahwin hampir setahun yang lalu dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles, Dr Amalina berkata beliau amat teruja untuk berkongsi pengalaman kehamilannya.

Saya sangat teruja untuk berkongsi berita indah ini dengan anda, saya hamil! Saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi perkara ini dengan anda semua. Walaupun media sosial ialah platform yang hebat untuk berkongsi siaran pendidikan dan pengalaman positif, ia juga boleh menjadi tempat yang sukar dan menghakimi.

Tambah beliau, bekerja dalam tempoh yang panjang dan pada masa sama menyiapkan PhD (Ijazah Doktor Falsafah) adalah perkara yang sukar dan memenatkan. Ujar Dr Amalina, dia melalui trimester pertama yang sangat sukar sehingga awal trimester kedua. Alahan dan muntah sehingga hilang berat badan merupakan contoh yang dihadapi olehnya.

iKeletihan juga memainkan faktor. Apabila anda terpaksa menyiapkan pelbagai tugas, kadang-kala ia boleh menjadi cabaran yang nyata. Perkara yang dahulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar.

Suami dan ibu sentiasa menyokong

Bercerita lebih lanjut, Dr Amalina bersyukur kerana dikurniakan suami dan ibu yang sentiasa memahami serta menyokong.

Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama. Ya, dia sangat teruja dan akan membaca semua buku berkaitan bayi yang disyorkan. Dia mungkin tahu lebih banyak mengenai kehamilan berbanding saya. Ibu saya pula sangat mengagumkan dan sentiasa memastikan saya makan cukup. Ibu akan membekukan banyak makanan di dalam peti sejuk sebelum dia pulang ke Malaysia.

Akhir sekali, Dr Amalina memberitahu keadaannya kini bertambah baik dan berasa seronok melalui perjalanan sebagai seorang wanita hamil apabila dapat merasai pergerakan bayi di dalam perut.

Sumber: Dr Amalina

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×