Korea merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan ramai orang. Gaya hidup, makanan, budaya dan tempat menarik yang ada di Korea membuatkan negara itu sentiasa dikunjungi tidak kira musim.
Bagi yang pertama kali mahu ke sana, apa kata anda ikuti perjalanan gadis ini selama 8 hari 7 malam. Kos keseluruhan hanya RM1500 termasuk tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan.
Backpack Korea 8 hari RM1500
Backpack Korea 8 hari dengan bajet RM 1500 cover Busan, Seoul dan Gapyeong (Nami Island).
RM 1500 dah termasuk Tiket penerbangan pergi balik, Hotel di Busan dan Seoul, pengangkutan keretapi dari Busan ke Seoul pergi balik, segala entrance fees dan pengangkutan sepanjang di sana
Hai semua. Saya baru balik dari Korea dan sementara masih fresh ni, maka saya pun nak kongsikan itinerari dan bajet ringkas sepanjang saya berada di sana
Day 1
Taejongdae, Nampo, Jagalchi market, Gukje market
Tiba di Gimhae international airport
Beli T Money 4000 won
Topup T Money 20000 won
Naik lrt from Gimhae ke Beomnaegoul (guest house) (tolak T Money 1800 won)
12.45 Tinggalkan bag di GH & bertolak ke Taejongdae park by lrt
Baomnaegoul ke nampo station (T Money 1300 won)
Sampai di Nampo station, exit 6 dan ambil bas nombor 8 yang betul2 depan kedai mini market untuk ke Taejongdae Park.
Taejongdae last stop. So don’t worry. Nak explore masuk ke Taejongdae free je. Cuma antara rajin atau tak je. Kalau rajin, boleh la jalan kaki. Kalau tak rajin boleh naik scenic train dia yang bernama danubi train. Harga 3000 won je untuk pusing Taejongdae. Best Taejongdae. Cantik sangat! Berbaloi pergi.
Dah habis pusing, tunggu bas di opposite bus stop masa datang tadi. Bus fare pergi balik 1200 won (T Money). Turun di Nampo Dong
Dari station Nampo Dong, jalan kaki ke Jagalchi market sebab dah dekat. Then jalan sekitar Gukje market. Makan malam di salah sebuah restoran seafood di Jagalchi tadi. Makan grilled fish. Sedap! Banchan (side dish) boleh refill berjuta kali!
Lepas dah makan kenyang maka mengantukla mata. So marila kita check in ke Guest House.
Sekian sahaja untuk harini.. Bersambung esok
Antara tempat dilawati
Day 2
Beli one day metro pass di metro station harga 5000 won. Boleh beli di mana-mana station.
Route hari ni berubah sikit dari itinerary sebab hujan. Jadi harini kami explore :
* Gamcheon Cultural Village
* Masjid Al Fatah Busan
* Haeundae Beach
* BIFF Square
* Yongdusan Park
* Busan Tower
Gamcheon Cultural Village
Naik train dari guest house ke Toseong untuk ke Busan Gamcheon Cultural Village.
Tiba di Toseong station, keluar di exit 6 dan cari bus stop di depan Cancer Institute Hospital.
Naik bas yang tulis Gamcheon Cultural Village. Ada banyak. Don’t worry. Bus fare 1050 won (T Money).
Lepas dah tiba di Gamcheon Cultural Village, ambil lah gambar puas2. Then kami ke Masjid Al Fatah Busan. Senang sebab dalam train line yang sama.
Masjid Al Fatah Busan
Dari Toseong station naik train turun di Dusil station.
Keluar di exit 8 dan follow signboard ISLAMIC CENTRE
Sampai masjid dan solat. Jangan lupa bagi derma even sedikit.. semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.
Haeundae Beach
Dari Dusil station naik train dan turun di Haeundae Station. Ada banyak line nak kena tukar so I suggest download Busan train app. Senang..
Keluar di exit 3 untuk pantai Haeundae.
Best kat sini macam-macam ada. Makanan pun macam-macam ada. So kami dinner di sini makan toppoki dan kimbap.
Dari Haeundae station, turun di Nampo station. Kat sini ada semua attractions seperti di bawah :
Nampo station :
– BIFF Square
– Yongdusan Park
– Busan tower
– Jagalchi market
– Gukje market
Semua dekat2 so boleh jalan kaki je sekitar tu.
Maka berakhirlah hari kami lepas dah explore banyak tempat. Mengantuk, esok dah nak ke seoul naik Mugunghwa train.
Busan to Seoul
Day 3
Busan to Seoul
Ke Busan Station untuk naik Mugunghwa train ke Seoul.
Tiba di Seoul dan naik metro ke Guest House. Turun di Itaewon station. Check in di Guest House dan terus keluar untuk mencari halal food di sekitar Itaewon.
Makan di restoran Zaffran, terus terang cakap tak sedap mana pun, biasa je, so saya tak recommend korang makan sini ye. Huhu. Kami kemudian ke Myeong dong untuk jalan jalan sebab sini happening malam2. Macam2 makanan ada..
Day 4
Nami Island & Elysian Ski day trip
Bertolak awal pagi untuk ke Itaewon station
Itaewon station – Sangbong station – Gapyeong station
Dari Gapyeong station, ambil Gapyeong shuttle bus 5000 won yang pusing seluruh Gapyeong including tempat menarik di dalam Gapyeong seperti Nami Island, Petite France, Garden Morning of Calm dan Rail Bike. Berbaloiii
Dia berhenti di bus stop Nami Island. So jalan sikit je dah sampai ke immigration Nami Island (jeti je sebenarnya haha)
Entrance fee Nami Island 13000 won sekarang. Kalau dulu 8000 won jeee.. Entrance fee dia dah termasuk ferry pergi balik dari jeti ke Nami Island. Kalau nak lebih thrill boleh naik zipline tapi mahal la..
Enjoy Nami Island.
FYI, ada surau kat Nami Island, cari je Children Picture Library dan surau di tingkat 2. Dia pun ada restoran halal, so boleh makan situ.
Lepas dah puas pusing, next stop boleh la korang pergi Petite France. Best! Naik je shuttle bus gapyeong tu. Tapi kitorang skip sebab nak pergi ski resort! Lagipun saya dah pernah pergi Petite France dulu. Haha
So kitorang naik shuttle bus tadi dan last turun di Gapyeong station. Sebenarnya agak rugi sebab dah bayar bus 5000 won tapi tak pergi ke tempat2 menarik dia. Jadi untuk hilangkan rasa rugi tu kitorang pusing dulu satu gapyeong dan turun di Gapyeong Station. Haaa barula berbaloi!
Cara untuk ke Elysian Ski Resort :
Naik train dari Gapyeong station to Baegyang-ri station
Wait for shuttle bus to Elysian Ski (free)
Dia hantar betul2 depan entrance Elysian Ski Resort! Jadi korang boleh la main ski. Since dah malam so kitorang pun tak main sebab sejukkkk. Datang bergambar jela. Jadi le. Haha
Then balik ikut jalan yang sama je.
Turun di Itaewon station dan kami pun makan di Eid Halal Korean yang famous di Itaewon. Sedapppp I cry sebab sedap sangatttt.
10000 won per dish untuk di Halal Eid Korean.
Tempat menarik yang lain
Day 5
Seoul : Gyeongbokgung Palace, Statue of King Sejong, Statue of Admiral Yi, Deoksugung Palace, Namdaemun, Myeongdong
First, from Itaewon stn to Gyeongbokgung stn
Then, from Gyeongbokgung Palace, berjalan kaki je ke tempat2 yang disebut di atas sebab dekat2.
Deoksugung Palace 1000 won
Day 6
Namsan tower & Hangang Park
Topup T Money 10000 won
Dari guest house tunggu di bus stop yg berdepan exit 4 itaewon station. Naik bus circulation no. 3, (bas warna hijau or kuning ok je) yg berharga 1100 won (T money) one way dan turun di last stop, which is Namsan Tower.
Enjoy Namsan Tower. The view is stunning! Balik dari Namsan tower naik bas yang sama dan kami turun di Itaewon stn.
Dari Itaewon stn, naik train dan turun di station Yeouinaru dan keluar di exit 2
Macam2 boleh dibuat di Hangang Park. Antaranya ialah naik basikal, naik boat dan lain2. Kalau nak baik basikal, sejam 3000 won.
Pulang ke hostel dan makan di MAKAN restaurant di Itaewon. Sedap! Kami kemudiannya mengambil bag di guest house untuk ke Seoul station.
Pulang ke Busan dengan menaiki Keretapi Mugunghwa pada jam 11 malam.
Day 7
Busan Museum, Glass Skywalk, Haeundae Beach
Tiba di Busan station. Check in ke Guest House kami di Busan iaitu Kim’s House in Busan. Best! Dulu pernah duduk sini.
Then kami berehat sebentar kerana penat perjalanan dari Seoul. Setelah bertenaga semula, kami pun bersiap untuk ke Busan Museum.
Dari guest house ke Busan Museum hanya berjalan kaki sahaja. Sebab dekat sangat. Kemasukan percuma. Macam2 ilmu boleh dapat di Busan Museum!
Kami kemudiannya mengambil bas nombor 2 di bus stop berhampiran busan museum untuk ke Oryukdo Glass Skywalk.
Oryukdo Skywalk berada di stop yang terakhir. Turun di stop yang terakhir. Kemasukan percuma. Runningman pernah buat shooting di sini!!
Kami kemudiannya menaiki bas yang sama dan turun di busan station sebab nak menaiki keretapi untuk ke Haeundae beach..
Makan tteokpoki, kimbap dan fish cake di sini sepuas2nya.
Lepas dah kenyang, kami pun pulang ke guest house.
Day 8
Bersiap cause it’s time to go back. Naik train untuk ke airport sama macam mula2 datang.
– Habis trip –
Kos keseluruhan RM1700 termasuk makan
Tiket penerbangan RM 855
Hotel RM 232.10
Keretapi Mugunghwa pergi balik RM 212
T Money 34000 won
Busan Metro Pass 5000 won
Nami Island 13000 won
Gapyeong shuttle bus 5000 won
Deoksugung Palace 1000 won
Total = 58000 won ~ RM 215.60
TOTAL = RM 1514.70
Total ini TIDAK TERMASUK makan sebab ikut selera masing2 kan, ada yang suka bawa makanan dari Malaysia, tapi macam saya yang almost setiap hari makan kat kedai korea, around 50000 won jugak la untuk makan je.
50000 won ~ RM 186. So dalam RM 200 la tolak tepi untuk makan. Yela dah sampai kan, mesti nak cuba makanan diorang heeee
TOTAL KESELURUHAN TERMASUK MAKAN RM 1700 untuk 8 hari di Busan, Gapyeong (Nami Island) dan Seoul, Korea Selatan.
Boleh baca blog saya untuk tips backpack di korea dan negara2 lain :
www.missdae.com
Boleh follow instagram saya untuk lebih banyak gambar dan kisah backpack saya :
www.instagram.com/miszdae
Ada soalan boleh tanya ye.. Sesiapa nak itinerari boleh bagi email di bawah tauu. In sha allah saya akan email kan
Nota tambahan : Backpack Korea 8 hari dengan bajet RM 1500 cover Busan, Seoul dan Gapyeong (Nami Island).
Saya banyak duduk di hostel yang berkonsepkan dorm. Kami pergi 4 orang semua perempuan, jadi saya book hostel yang dorm untuk 4 orang. Rate dapat dalam RM 35-50 per night. Sebab tu dapat murah tauuuu hee. Ada rezeki kami, dapat bilik yang bukan macam dorm, tapi katil double 2. Best!
Sumber : Nurul H. Miszdae