berita

‘Trip Ke Mekah Saya Bayar Untuk Semua’ – Diana Danielle Dedah Farid Kamil Tak Bayar Nafkah 4 Bulan?

April 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram Story, pelakon, Diana Danielle mendakwa suaminya, Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kongsi Momen Bahagia Bersama Aurora, Farid Kamil Ungkap Kata ‘I Love You My Grape Apple Pie’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Menangis Rasa Terhina, Perjelas Isu Aurora Trauma Sebab ‘Petik Cili’ – ‘Saya Tak Pernah Kasari Isteri & Anak-Anak’

Hutang masih tergantung

Menurut Diana, kos ibadah umrah baru-baru ini, dibayar olehnya.

Bulan ni dah masuk 4 bulan tak bayar nafkah. Trip ke Mekah, saya bayar untuk semua 4 beranak. Saya tak harap pun dia bayar balik sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik. Tapi dia sendiri cakap, dia akan cover balik kos flight dan hotel di Mekah. Malangnya, sampai hari ini tinggal kata-kata.

Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagilah, tapi nafkah dan hutang masih tergantung.

Tambah Diana, insiden marah anak itu sudah berlaku sejak malam sebelumnya lagi dan Farid dipercayai menengking anak-anak atas sebab yang remeh.

Dia dah mula tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semua hal yang sangat remeh. Sampai tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia. Petang dia tengking Aurora insiden petik cili. 2 hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong saya sebab dia sangat takut.

Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam itu sebab dia nak sambung ‘ajar’. Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, dah la ditengking sepuas hati dari petang. Dia tak bagi anak tidur dengan saya.

Saya tetap berkeras nak bawa anak masuk bilik kerana takut apa lagi tindakan seterusnya. Sebelum keluar, dia ugut akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas. He was emotionally unstable.

Ujar Diana, didik anak tidak perlu sehingga mendera emosi. Sebagai ibu, Diana memberitahu bahawa Aurora tidak tahu petik cili itu dianggap mencuri.

Bukan niat mencuri. Dengan keadaan dia yang tak boleh kawal emosi, saya terpkasa telefon polis untuk keluar dari rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku esoknya. Dia dah ugut nak sambung hukuman dan pukul Aurora. Cukup! Kalau dua hari itu pun tak berhenti baran tanpa sebab dekat anak. Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai dua hari sebelum itu.

Di akhir posting, Diana berkata semua kenyataan yang dikeluarkan oleh suaminya itu didakwa tidak berasas. Oleh sebab itu, Diana bakal meneruskan segalanya di mahkamah kelak.

Sumber: Diana Danielle

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×