Pelakon, Trisha Ooi sanggup mewarnakan rambutnya buat pertama kali hanya semata mahu merealisasikan watak dalam drama terbaharu lakonannya yang berjudul ‘Senyawa’.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tahu Batasan Dalam Berpakaian & Babak Keterlaluan..’ – Trisha Ooi
Nak realisasikan watak
Ketika ditemui OhBulan!, Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi berkata, perubahan warna rambut itu juga dibuat atas tuntutan pengarah drama tersebut iaitu Eyra Rahman.
Penampilan watak saya dalam drama ini 100 peratus merupakan idea pengarah. Saya sendiri sebelum ini tidak pernah berlakon mewarnakan rambut.
Saya hanya berlakon dengan warna rambut asli iaitu hitam. Jika sebelum ini ada yang mengetahui saya rambut panjang kerana itu adalah diri saya.
Tetapi untuk mengubah daripada Tisha ke Sharifah Zabrina, saya percaya memerlukan banyak usaha yang kita perlu terapkan dalam diri.
Trisha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media drama ‘Senyawa’ yang diadakan di DADI Cinema, Pavillion Kuala Lumpur, pada Rabu.
Bantu kekalkan karakter
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun memaklumkan perubahan warna rambut itu juga membantunya untuk mengingatkan diri mengenai karakter yang dibawa meskipun ketika berada di luar set penggambaran.
Pada saya perubahan penampilan perlu sekiranya dapat menghidupkan watak.
Seperti saya, setiap kali melihat cermin dengan rambut perang, saya sedar ini bukan Trisha, ini Sharifah Zabrina.
Sekadar info, Trisha memegang watak sebagai Sharifah Zabrina iaitu seorang wanita bekerjaya yang mempunyai segalanya namun tidak mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.
Selain Trisha, drama yang bakal ditayangkan di platfrom IQIYI ini juga dibintangi pelakon hebat seperti Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan dan Heryanto Hassan.