Pelakon Trisha Ooi berdepan detik cemas apabila terkandas di kawasan tanah runtuh di Genting Highland ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Janda Baik, Pahang.
Artikel Berkaitan: Trisha Ooi Cabar Diri Jadi Hantu – ‘Tak Letak Perasaan Takut Sebagai Penghalang Untuk Bekerja’
Artikel Berkaitan: Trisha Ooi Sanggup Warnakan Rambut Bagi Menjayakan Watak – ‘Bila Tengok Cermin, Saya Sedar Ini Bukan Saya’
Trisha Ooi terperangkap akibat tanah runtuh
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Trisha atau nama lengkapnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi berkata, insiden itu berlaku ketika dia bersama krew produksi dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Janda Baik.
Sejak beberapa hari lalu, kami berulang alik dari Genting Highland ke Janda Baik untuk penggambaran.
Jelas pelakon berusia 26 tahun ini lagi, selepas selesai penggambaran di Genting Highlands pada malam Khamis, mereka membuat keputusan untuk menginap di kawasan peranginan itu.
Namun, pada keesokan paginya apabila mereka mahu menuju semula ke Janda Baik untuk penggambaran, berlakunya tanah runtuh sehingga menyebabkan jalan keluar ditutup.
Malam tadi selesai penggambaran di Genting, kami tidur di sana.
Pagi ini, kami dari Genting Highland nak ke Janda Baik tetapi berlakunya tanah runtuh.
Susulan daripada itu, Trisha bersama krew produksi terpaksa menunggu sehingga kerja-kerja pembersihan selesai sepenuhnya. Sambil berkongsi keadaan tanah runtuh itu, Trisha meminta orang ramai mendoakan keselamatan mereka di sana.
Jadi, kami tidak boleh keluar dari sini. Tolong doakan kami.
Sumber: Trisha Ooi